“Semoga Lapang & Bercahayalah Kuburmu Abangku”, Dingin Pagi Iringi Majlis Pengebumian Arw4h Haniff

Pemergian seorang pengarah Filem, Allahyarham Mohd Firdaus Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt yang juga anak kepada seniwati tanah air iaitu Fauziah Nawi kerana lemas semasa memancing pastinya lebih dirasai oleh ahli keluarga serta sahabat handainya.

Allahyarham yang dilaporkan hilang sebelum itu keluar memancing bersama dengan seorang jurukameranya di Sungai Mela.

Gambar: Facebook

Difahamkan bot gentian kaca yang dinaiki Allahyarham telah melanggar tiang besi sebelum kedua-dua mereka terhumban lalu jatuh ke dalam sungai. Teman Allahyarham berjaya menyelamatkan d1ri manakala Pitt pula didapati hilang.

Gambar: ifarahahmad

May4t Pitt walau bagaimanapun berjaya ditemui kira-kira 500 meter daripada tempat dia dilaporkan terjatuh. May4t Allahyarham telah ditemui terapung selepas dua hari Allahyarham dilaporkan hilang.

Allahyarham telah men1ngg4lkan seorang balu yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Farah Ahmad serta tiga orang anak perempuan.

Gambar: ifarahahmad

Jen4zah Pitt telah selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam AU 2, Kuala Lumpur sekitar pukul 2 pagi tadi.

Gambar: Facebook

Pelbagai ucapan takziah serta reaksi sedih dapat dilihat berlegar di sosial media ketika ini mengenai dengan pemergian Allahyarham Pitt khususnya dari rakan artis serta kenalan rapat Allahyarham antaranya ialah:

Semoga r0h Allahyarham Mohd Firdaus Hanif dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Fauziah Nawi/Farah Ahmad via SIAKAP KELI

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Semoga Lapang & Bercahayalah Kuburmu Abangku”, Dingin Pagi Iringi Majlis Pengebumian Arw4h Haniff"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*