Saya tak mahu masuk campur hal orang lain – Uqasha

“Sebab itu saya cukup berhati-hati sekarang dan enggan masuk campur hal orang lain. Tak fasal-fasal nama saya turut terpalit sama.”

Itu kenyataan tegas pelakon cantik, Uqasha Senrose yang secara tiba-tiba terpalit kontr0versi apabila didakwa cuba mengur@t suami rakan artis, Rebecca Nur Al Islam.

Uqasha ketika ditemui MHE TV berkata, dia sebolehnya enggan mengeruhkan lagi kedaaan dan lebih selesa sekiranya isu tersebut tidak dibesar-besarkan.

Malah jelas kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini, dia tidak mahu hubungan baik dengan mana-mana pihak dimanipulasi dan ret@k dek kontr0versi yang tidak berasas itu.

 

Uqasha kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

“Saya jadi semakin takut untuk berkawan dengan sesiapa pun. Takut juga untuk memberi komen kerana silap haribulan, cakap lain keluar lain. Jadi lebih baik saya diam d1ri.

“Saya cuma mahu fokus kerjaya send1ri. Tidak mahu campur hal orang lain. Kalau boleh saya nak elakkan kontr0versi yang tidak berasas. Cukup-cukuplah,” katanya.

Berbicara soal kerjaya, Uqasha sekali lagi membawakan watak hantu menerusi telefilem, Runtun Jiwa terbitan produksi ApaKes Production.

“Telefilem ini memang lain daripada yang lain kerana saya sebagai hantu jatuh cinta dengan seorang manusia. Tapi mana mungkin hantu dan manusia boleh bersatu kan? Jadi kena tengok kesudahannya nanti.

“Ini kali pertama saya bergandingan dengan Azrel dan tidak susah untuk kami mencari keserasian. Dia pelakon yang bagus dan mudah memberi kerjasama,” katanya yang berkampung selama dua minggu di Kampar, Perak demi Runtun Jiwa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber– MHE TV

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Saya tak mahu masuk campur hal orang lain – Uqasha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*