“Pesanan Terakhir” – Isteri Pitt Hanif Dedah Sesuatu..

“WALAUPUN sedih, saya reda dan syukur suami pergi dalam keadaan sy4hid kerana sedang bekerja mencari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.

“Ketika saya reda semua orang tahu saya sedih dengan pemergiannya. Sebelum ini (sebelum m4yat dijumpai) saya dan anak-anak sentiasa berdoa ada keaj4iban dalam operasi mencarinya.

“Masa sama saya beritahu anak-anak kena terima ketentuan Allah SWT dengan apa yang ditakdirkan.”

Itu kata Farah Ahmad, 42, isteri kepada pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, yang ditemui lem4s ketika sedang memancing dekat Jambatan Gemenchur di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis semalam.

Farah berkata, dia sedikit terkilan kerana sudah lebih dua bulan tidak berjumpa suaminya disebabkan kesibukan tugas masing-masing dalam bidang seni.

Farah yang juga pelakon drama berkata, sebelum ini dia dan suami yang dikenali Pitt Hanif merancang untuk bercuti bersama namun tidak dapat direalisasikan.

Katanya, dia bersama tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 16 tahun bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan kru produksi.

“Saya dapat panggilan telefon daripada kru produksi dan terus ke lokasi petang semalam.

“Arwah tidak memaklumkan mahu keluar memancing pada kali terakhir dia menghantar pesanan menerusi aplikasi Whastapp Khamis lalu.

“Assalamualaikum ny4wa-ny4wa ayah. Itu pesanan terakhir yang dia hantar kepada kami sekeluarga,” katanya.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Pitt yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya.

Bagaimanapun bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah dipercayai melanggar tiang jambatan sebelum dia dihanyutkan arus sungai manakala rakannya dapat diselamatkan.

Pitt dilaporkan dalam fasa terakhir menyiapkan sesi penggambaran filem Coast Guard yang memulakan penggambaran sejak lebih dua bulan lalu.

May4t dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Metro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pesanan Terakhir” – Isteri Pitt Hanif Dedah Sesuatu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*