“Dahla Cantik, pandai, dua dua reti menyanyi” – Nyanyian Merdu Kembar Di Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian Netizen

Majlis Konvokesyen merupakan sebuah majlis yang memang di tunggu-tunggu oleh semua graduan. Sebut je pasal Majlis Konvokesyen, mesti banyak kisah suka dan dvka yang terpalit pada setiap orang yang dah melaluinya.

Baru-baru ni di laman Twitter tular video nyanyian pasangan kembar dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaya yang ke 59.

Video itu menunjukkan pasangan kembar tersebut menyanyikan lagu Hero nyanyian asal oleh Mariah Carey di hadapan tetamu kehormat, ibu bapa dan juga graduan lain.

Menurut Wafa Amira Hishamudin, 24 mereka berdua memang bercita-cita untuk membuat persembahan dalam Majlis Konvokesyen UM pada setiap tahun.

Namun apa kan daya, nasib tidak menyebelahi apabila mereka berdua tidak terpilih untuk membuat persembahan dalam majlis tersebut.

“Saya dengan kembar saya Aliah sepanjang 6 tahun kat UM setiap tahun pegi audition dan tak berjaya, tapi Alhamdulillah tahun ini kami berjaya.”

Tapi mereka berdua tidak berputus asa dengan begitu sahaja kemudian terus mencuba nasib lagi dan akhirnya pada tahun ini mereka berdua telah terpilih untuk membuat persembahan dalam Majlis Konvokesyen UM.

Dalam video itu menunjukkan dimana Wafa Amira memulakan nyanyian dan kemudiannya diikuti oleh saudari kembarnya iaitu Aliah Izzaty yang juga merupakan salah seorang graduan UM dalam bidang Sarjana Seni Persembahan Penyelidikan Pendidikan (Muzik). No wonder lah suara sedap, belajar muzik.

“Parents tak tahu, kami nak buat surprise”

Dalam perkongsiannya itu juga, mereka ada mengatakan bahawa nyanyian pada hari berkenaan adalah kejutan yang dibuat untuk kedua ibu bapanya yang hadir.

“My parent actually tak tau kami nyanyi for aliah’s convocation that day.”

“Yang mereka tahu kami nyanyi untuk sidang esok nya which mereka tak dapat tengok la if nyanyi untuk esok” kongsi Wafa.

Rata-rata netizen turut bersetuju bahawa nyanyian yang disampaikan oleh mereka berdua ini sememangnya merdu dan sedap di dengar.

“Dua-dua suara sedap”

Sumber: Twitter

 

Sumber: Twitter

Hmmm admin pun tak boleh nak pertikai lah, memang suara diaorang sedap.

 

  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : LobakMerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dahla Cantik, pandai, dua dua reti menyanyi” – Nyanyian Merdu Kembar Di Majlis Konvokesyen Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*