“Dia gambarkan ada Wanita Lain,” – Erra Fazira Dedah Hal Lucu Saat Hubungi Shahir, Akui Hampir Setahun Tak Bersua Muka

Mengimbau detik lucu ketika menghubungi Shahir bagi mendapatkan persetujuan bagi menjayakan muzik video single baru, Menangkah Cinta, Erra menjelaskan dia sama sekali tidak menyangka lelaki itu terus menjawab panggilan.

Malah, bintang lelaki itu terus berikan memberikan persetujuan, sejurus ditanya.

Erra bagaimanapun menjelaskan, apa yang terpapar dalam mv berkenaan sama sekali tiada persamaan dalam kisah cintanya dan tak wujud istilah cur4ng dalam pencerit4an.

“Shahir digambarkan mempunyai wanita lain dalam video ini dan dia turut mempersoal sama ada saya sengaja menggambarkannya seperti itu.

Namun, pihak produksi sudah menjelaskan bahawa perjalanan cerita ini hanya sekadar rekaan, dan dia bersetuju.

“Sebenarnya apa yang dipaparkan adalah pandangan orang luar terhadap kehidupan saya. Orang luar melihat kami berdua, namun hakikatnya hanya saya seorang sahaja,” jelasnya.

Pada masa sama, Erra mengakui hampir setahun sudah tidak bersua muka dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya itu.

“Sebenarnya orang luar yang harus matang, mereka tidak harus kaitkan lagi saya dengan Shahir. Saya telah menerima hakikat.

“Sekiranya saya berlakon dengan Awie atau Hans Issac, adakah saya kembali bercinta? Tidak. Kami profesional,” tegasnya yang secara langsung menafikan hubungan cinta kembali terjalin.

Dalam perkembangan lain, Erra Fazira kini muncul kembali dengan single terbaru berjudul Menangkah Cinta hasil ciptaan composer Hafiz Hamidun bersama penulis l1rik terkenal, Iman Imran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dia gambarkan ada Wanita Lain,” – Erra Fazira Dedah Hal Lucu Saat Hubungi Shahir, Akui Hampir Setahun Tak Bersua Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*