[VIDEO] Luar Biasa! Pemuda Buta & Autiisme Jadi Juara America’s Got Talent 2019

Remaja berbakat besar, Kodi Lee berjaya menumpaskan 9 peserta lain untuk bergelar juara America’s Got Talent (AGT) 2019. 

Lee, 22, merupakan pes4kit autiisme dan juga cac4t penglihatan cukup menyerlah dengan persembahannya yang membuatkan seluruh dewan terpaku.

Lee memilih lagu duet You Are The Reason bersama penyanyi Leona Lewis cukup menyentuh hati para juri yang terdiri daripada Gabrielle Union, Julianne Hough, Simon Cowell dan Howie Mandel.

Lee yang merupakan seorang penyanyi dan pemain piano dari Lake Elsinore, California membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD1 juta (RM4.2 juta) serta bakal membuat persembahan di Las Vegas.

Menurut Simon Cowell, Lee memiliki bakat luar biasa dan dia adalah salah seorang peserta yang anda tak akan sesekali lupa dari ujibakat yang pertama.

Pada Mei lalu, Kodi membuatkan semua juri memberikan ‘standing ovation’ pada persembahannya malah mendapat ‘golden buzzer’ daripada juri, Gabrialle Union. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Luar Biasa! Pemuda Buta & Autiisme Jadi Juara America’s Got Talent 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*