Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyamp4h manja tak bertempat

KETIKA hangat dilamun cinta, apa sahaja yang terdaya pasti akan dilakukan bagi menarik perhatian pasangan kekasih masing-masing.

Begitu juga halnya dengan teman lelaki kepada pelakon Ruhainies apabila sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta bagi memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai.

“Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya.

“Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini,” kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah berkongsi momen berkenaan bersama sekeping gambar di Twitter.

Netizen dan Ruhainies berbalas komen di Twitter.

Namun netizen tidak senang hati dengan cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain kerana disifatkan terlalu berlebihan.

“Jarang perempuan tak menyusahkan lelaki, tak fasal kena bawa nasi tu dalam kereta.

“Boleh je bungkuskan? Gedik tahap master ni,” tulis beberapa netizen.

Selain kec4man yang mempertikaikan kewajaran membawa masuk pinggan ke dalam kereta, ada juga beberapa netizen yang melihat perkongsian Ruhainies itu dalam perspektif berbeza.

Ada antara mereka lebih tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki misteri Ruhainies itu.

“Makan nasi kandar dalam Ferrari. Dia pakai (pandu) Ferrari tu, kau tak nampak ke?

“Jarang tak sayang kalau dah pakai Ferrari,” sindir beberapa netizen lain.

Netizen juga tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki Ruhainies.

Ruhainies nampak tidak duduk diam selepas menerima pelbagai kec4man kerana menyifatkan netizen sering mencemmburui kebahagian yang cuba dikongsi.

“Ramainya yang bitter. s4kit hati sangat ke tu… Pertama, bersihkan hati anda. Kedua, lelaki yang bitter tu, anda layan teman wanita atau isteri anda macam mana? Nak tahu juga.

“Ketiga, perempuan yang bitter, asalkan saya tak makan dengan teman lelaki anda. Keempat, saya tak makan dalam kereta anda. Kelima, tak pernah buat kerja giler dengan pasangan anda ke?” tanya Ruhainies.

Bukan itu sahaja, Ruhainies turut menempelak netizen yang mendakwa dia dan teman lelakinya berkelakuan seperti orang tidak berakal apabila membawa masuk pinggan nasi kandar ke dalam kereta.

“Jika anda sangat bod0h, tolong simpan sedikit. Jangan guna semua. Saya boleh makan di mana-mana sahaja saya mahu.

“Tepi tasik ke, tepi laut ke, dalam kereta saya ke, dalam kereta dia ke. Asalkan saya tak makan dalam kereta anda. Tak pernah lagi lihat orang ker4cunan makanan jika makan dalam kereta,” kata Ruhainies.

Bagi membalas tindakan Ruhainies yang sering dilihat cepat melat4h dengan kata-kata netizen, seorang pengguna Twitter tampil menyuar4kan pendapatnya.

“Netizen boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Jadi, kalau anda bitter dengan semua  komen netizen, awak hanya perlu jauhkan diri anda daripada apa-apa media sosial. Hanya memberi pendapat. Maaf,” katanya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyamp4h manja tak bertempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*