“Tak Tahu Mana Satu Pedal Minyak & Brek,”- Sharifah Sakinah Dah 4 Tahun Tak Memandu

Sinonim dengan wataknya yang ‘giler-giler’, pelakon Sharifah Sakinah mempunyai sisi lain yang mungkin jarang diketahui orang ramai.

Siapa sangka, bintang drama Girlfriend Aku Dari Nraka ini menghidap disIeksia tahap sederhana dan memiliki ciri-ciri hiperaktif ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’ (ADHD).

Difahamkan, ADHD merupakan gngguan yang ditandai dengan perilaku impulsif, hiperaktif, dan kurangnya perhatian.

Malah, Sakinah mengakui bahawa takut untuk memandu dalam keadaan jar4k jauh.

“Sampai sekarang saya takut untuk memandu kerana orang yang menghidap disklesia tak tahu kiri kanan. Saya tak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu yang menyebabkan saya takut salah tekan.

“Saya boleh memandu cumanya dalam jar4k yang dekat dan pastikan tiada gangguan seperti kereta dan lori yang banyak,” kata Sakinah.

Sakinah ditemui di Shah Alam lewat petang semalam sejurus selesai pengambaran program TV, Media Hiburan Xcess berkata, dia mengalami travma selepas kemaIangan menimpanya beberapa tahun lalu.

“Saya pernah mengalami kemaIangan ketika sedang hamil dan sebab itu saya jadi takut untuk memandu lagi. Saya akan jadi travma.

“Kalau saya memandu, saya akan pandang belakang kalau-kalau ada kereta laju dari belakang,” katanya jujur yang sudah empat tahun tidak memandu.

Bagaimanapun, Sakinah menasihati kepada mereka diluar sana yang mengalami masalah sama, perlu segera berjumpa d0ktor.

“Sebaiknya mereka perlu berjumpa d0ktor dan perlu bercakap dengan seseorang untuk kurangkan masalah tersebut. 

Dalam perkembangan lain, ibu kepada seorang anak ini terlibat dalam program realiti komedi, All Stars Buka Panggung yang bersiaran di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Di samping itu, Sakinah juga menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program hiburan, Media Hiburan Xcess yang akan disiarkan pada 3 Oktober ini di Astro Prima (105) dan Prima HD (121) jam 9 malam.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Tahu Mana Satu Pedal Minyak & Brek,”- Sharifah Sakinah Dah 4 Tahun Tak Memandu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*