Tahniah! Isteri Selamat Bersalin, Baby Boy Hadiah Hari Jadi Alif Satar

Isteri penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal Alif Satar, Shadila Halid telah selamat bersalin lewat malam tadi.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah allahuakbar allahuakbar allahuakbar my wife @shadilahalid at 11.21 pm, 19/09/19, safely delivered our third child. A healthy baby boy,” tulisnya.

Lebih menggembirakan, pelantun lagu I Want You To Love Me berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran yang sama dengan anak bongsunya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

THANK YOU TO EVERYONE FOR ALL THE KIND BIRTHDAY WISHES♥️🙏🏽

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Isteri saya, Sha Dila melahirkan anak ketiga kami kira-kira pukul 11.21 malam Khamis, 19 September 2019.

“Ia bayi lelaki yang sihat!

“Terima kasih juga semua atas ucapan hari jadi,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Alif dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

19/09/1990 & 19/09/2019. I’m already so proud of you, my son..♥️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Sumber : Gempak via Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tahniah! Isteri Selamat Bersalin, Baby Boy Hadiah Hari Jadi Alif Satar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*