“Orang Tu Pun Dah Nak Ada Baby, Kita Pun Ada Haluan Masing-Masing” – Sufian Suhaimi Mohon Peminat Berhenti Ungkit Kisah Silam

Penyanyi Sufian Suhaimi memohon peminat setianya agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan kisah silamnya dengan individu tertentu yang kini sudah jelas punyai kehidupannya sendiri.

Jelas Sufian, tindakan individu yang menulis komentar di akaun Instagramnya baru-baru ini membuatkan dia terpanggil untuk menasihati netizen secara umum agar tidak mengulanginya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sand is warm @psi.tioman @wawan_scuba

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

“Banyak saja sebenarnya komen-komen yang tak berapa positif yang biasa diterima di akaun media sosial saya tetapi saya biarkan saja berlalu pergi.

“Tetapi apabila seorang individu ini menyatakan tindakan saya selama ini kerana mahu membuatkan si dia rasa bersalah, benda itu sudah tak sepatutnya diungkit balik sebab cerita itu sudah terlalu lama.

“Orang itu pun sudah nak ada baby, kita pun sudah ada haluan masing-masing.

“Kalau nak bercakap pasal penampilan saya dan nak suruh saya gembira, saya okey. Kalau nak kata apa yang saya buat supaya nak pihak lain rasa bersalah, saya terpanggil untuk menjawab perkara itu supaya tak ada lagi orang yang mengulangi perkara yang sama.

“Kalau tengok konteks yang lebih besar pun, foto terbabit membawa maksud dan mesej yang jelas. Saya rindukan kawan saya, aktiviti diving dan pulau Tioman,” katanya ketika ditemui pada Karisma Jelajah Suria di Central i-City Shah Alam semalam.

Dalam pada itu, kata Sufian dia telah memadamkan status terbabit disebabkan ser@ngan warganet terhadap pengguna terbabit hingga disifatkannya seolah-olah bvli siber.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Connecting with nature @psi.tioman @wawan_scuba

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

“Saya sudah memadamkan komen itu apabila ada pula komen-komen balas yang berbaur negatif dan menggunakan bahasa kasar yang saya sendiri tidak gemar.

“Lebih mendvkacitakan apabila komen-komen sedemikian datang daripada generasi muda terhadap mak cik itu.

“Saya rasa bi@dap sebenarnya apabila situasi itu berlaku di platform yang saya sediakan. Rasa tidak betul!” tambahnya.

Baru-baru ini, sekeping foto milik Sufian mendapat perhatian ramai apabila ada pengguna yang menyifatkan tindakan penyanyi lagu Di Matamu itu seperti cuba membuatkan individu tertentu rasa bersalah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu.

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Sufian lantas membalas komen itu dengan menyatakan bahawa dia sudah lama move on dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Orang Tu Pun Dah Nak Ada Baby, Kita Pun Ada Haluan Masing-Masing” – Sufian Suhaimi Mohon Peminat Berhenti Ungkit Kisah Silam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*