Sharnaaz failkan permohonan nvsyuz, Noor Nabila derh4ka terhadap suami?

DRAMA kisah rumah tangga Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya iaitu Noor Nabila Mohd. Noor.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, dia bertindak sedemikian kerana ingin memperbetulkan spekulasi yang sedang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

Selain itu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini juga mahu menyelesaikan isu antara dia dan isteri dengan cara yang terbaik tanpa perlu ada perb4lahan.

Sharnaaz fail nusyvz terhadap Nabila.

“Saya failkan nusyvz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak g4duh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” kata Sharnaaz kepada mStar.

Nusyvz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahk4mah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin, Sharnaaz dan Nabila hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

 

Kalau nak g4duh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memaklumkan kepada mahk4mah bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Noor Nabila mengesahkan menerima tuntutan permohonan daripada plaintif pada 22 September lalu.

Berikutan itu Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 6 November depan untuk sebvtan semula k3s berkenaan.

Sebelum ini, Nabila memfailkan permohonan cer4i mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 Ogos lalu.

Nabila hadir bersama ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam k3s percer4ian mereka manakala Nabila melantik bapa t1rinya Abdul Halim Khan.

Kata Sharnaaz, dia memilih Sherrini sebagai wakil JKP disebabkan kakaknya itu lebih mengenali dan memahaminya.

“Saya pilih kakak sebab saya rasa, dia lebih kenal dan memahami saya selain senang untuk berbincang,” ujarnya.

Mahk4mah kemudian menetapkan tarikh yang sama dengan sebvtan semula k3s nusyvz bagi hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Pada 11 September lalu, mahk4mah memerintahkan satu JKP dibentuk selepas Sharnaaz enggan mencer4ikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.

Dalam proses percer4ian, JKP terd1ri daripada ahli keluarga yang rapat dengan kedua-dua pihak bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pasangan terbabit yang mend1rikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My hero.. my son.. my spiderman.. ba loves u so much ok syg..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sharnaaz failkan permohonan nvsyuz, Noor Nabila derh4ka terhadap suami?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*