“Saya Tak Demand,Tapi Biarlah Berbaloi” – Dalimawati

Pelakon senior berbakat, Dalimawati Ismail tidak mahu menetapkan harga yang terlalu tinggi sebagai bayaran untuk lakonannya.

Menurut Dalimawati, industri hiburan di Malaysia bukanlah seperti di Hollywood dimana artis senior dibayar semakin tinggi apabila usia meningkat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dalimawati Ismail (@dalimawati) on

“Saya tak akan menaikkan harga bayaran untuk lakonan saya, industri hiburan di Malaysia bukanlah seperti di Hollywood, artis senior mereka dibayar dengan jumlah yang lebih tinggi berbanding zaman muda mereka.

“Namun begitu, saya harus memilih tawaran yang diberikan, jika jumlah bayarannya terlalu sedikit, saya terpaksa menolaknya,” katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Tambah Dalimawati, meskipun dia tidak menaikkan harga, namun semuanya bergantung kepada penilaian pihak produksi terhadap kualiti lakonannya.

“Saya tak ‘demand’ tapi biarlah berbaloi, ia bergantung kepada penilaian pihak produksi terhadap kualiti lakonan saya,” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#cinta11syarat wit @farishairwayughali sbg jannah dan @anneabdullah08 sbg saodah #globalstation #astroprima director @keoi #watakmaketon

A post shared by Dalimawati Ismail (@dalimawati) on

Dalam perkembangan terbaru, Dalimawati kini dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32).

Dalimawati bakal bersaing merebut anugerah bagi kateg0ri Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

ABPBH32 bakal berlangsung pada 22 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Tak Demand,Tapi Biarlah Berbaloi” – Dalimawati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*