“Saya Lahir Di Ireland, Bersekolah di Malaysia dan Dublin…Syukur Balik Dari Luar Negara Masih Boleh Cakap Melayu” – Sarimah Ibrahim

Warga net memuji pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim kerana tidak melupakan bahasa ibunda walaupun tinggal lama di luar negara.

Menerusi laman sosial Twitter, warga net memberikan komen positif pada ciapan pelakon berd@rah kacukan Ireland itu.

Sarimah pada pagi Selasa (semalam) menulis status, meluahkan rasa syukur kerana bapanya bercakap Bahasa Melayu walaupun mereka tinggal di luar negara.

“Saya lahir di Ireland, belajar di sekolah kebangsaan di sini (Malaysia). Kemudian ke Cambridge High School di Abu Dhabi, The Emirates International School Dubai dan Wesley College, Dublin.

“Saya bersyukur kerana ayah bertutur dalam Bahasa Melayu dengan saya sepanjang berada di luar negara.

“Jadi, bila pulang ke Malaysia pada tahun 1996, saya masih boleh bercakap Bahasa Melayu,” katanya.

Ciapan Sarimah telah mendapat hampir 8 ribu ulang kicau dan 13 ribu tanda suka.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata warga net memuji Sarimah yang tidak pernah melupakan asal-usulnya walaupun berd@rah kacukan ‘mat saleh’.

Malah mereka turut memuji cara Sarimah bercakap dalam Bahasa Melayu yang sangat baik dan lancar ketika mengacar4kan sesebuah majlis atau program.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Lahir Di Ireland, Bersekolah di Malaysia dan Dublin…Syukur Balik Dari Luar Negara Masih Boleh Cakap Melayu” – Sarimah Ibrahim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*