“Hahahaha. Saya dan jeling tak boleh dipisahkan,” – Netizen Usik Puteri Afzan. Ini Komen Balas Beliau

SELAIN bondanya yang menjadi perhatian, gelagat salah seorang puteri kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini turut tidak terkecuali menjadi tumpuan rakyat.

Baru-baru ini, seorang pelayar Twitter @journaljeeb mengusik Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah susulan gambar puteri jelita itu dirakam memberikan pose sambil menjeling.

Gambar itu dirakam ketika Puteri Afzan dan adindanya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

“Jeling apa tu Tengku,” tulisnya.

Membalas pertanyaan berbaur usikan itu, Puteri Afzan dalam nada berseloroh membalas tweet tersebut.

“Hahahaha. Saya dan jeling tak boleh dipisahkan,” tulisnya.

Puteri Afzan diusik kerana memberikan ‘pose’ jelingan ketika hadir dalam satu acara rasmi baru-baru ini. 

Tweet tersebut sehingga kini mendapat 19,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 6,900 kali.

Malah ia juga mengundang komen-komen daripada netizen yang terhibur dengan jawapan lucu dan bersahaja puteri jelita itu.

“The Princess of Jeling,” tulis The Meme Lord 95.

“Untung la jeling pun cantik,” tulis Nur Amalina Husna pula.

Antara komen-komen netizen yang turut sama mengusik Puteri Afzan.

Dalam hantaran berasingan, Puteri Afzan secara berjenaka memberitahu tabiat ‘jelingnya’ bermula sejak kecil lagi, sambil turut melampirkan sekeping gambarnya sebagai ‘bukti’.

Perkongsian itu mengundang 42,000 tanda suka dan diulang kicau 11,900 kali.

Foto gelagat Puteri Afzan yang dirakam sewaktu kecil.

Lebih mencuit hati, Puteri Afzan  turut berkongsi sekeping lagi gambarnya dan kali ini, memaparkan baginda sedang tersenyum manis.

“Saya pandai senyum pun bukan pandai jeling je,” tulisnya.

Puteri Afzan dan adindanya, Puteri Jihan sewaktu menghadiri acara sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

Perkongsian itu mengundang lebih 19,000 tanda suka dan diulang kicau 3,900 kali.

Puteri jelita itu mencuri tumpuan umum sejak akhir-akhir ini selepas kerap dilihat  bersama adindanya, Puteri Jihan menemani ayahanda dan bonda mereka hadir ke beberapa acara rasmi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Hahahaha. Saya dan jeling tak boleh dipisahkan,” – Netizen Usik Puteri Afzan. Ini Komen Balas Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*