“Saya Bukan Suka-Suka Bersolek Seperti Wanita.” Nazim Othman Menjelaskan Apa Yang Berlaku.

“Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh sy1rik,” kata pelakon popular, Nazim Othman mengenai gambar dan video yang dimuat naik di Instagram memaparkan dirinya menjadi wanita.

Nazim, 35, atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman berkata, itu adalah uji bakat bagi sebuah projek yang memaparkan kisah kehidupan seorang mak ny4h.

“Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri satu sesi uji bakat untuk sebuah projek drama untuk tayangan iflix. Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Klik youtube link kat my instagram bio , bawah my profile picture untuk tengok saya bersiap. 🤓 thanks a lot both haters and lovers. U’re amazing, regardless 🌹

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Video yang dimuat naik sejak kelmarin itu mencecah lebih 300,000 tontonan, mendapat lebih 41,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

“Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja,” katanya kepada Harian Metro.

“Ia bukan watak wanita, tetapi mak nyah yang hidup dengan dua identiti berbeza apabila berada di Kuala Lumpur dan di kampung.

Antara komen-komen netizen:

“Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon.

Menurut Nazim, dia masih menunggu keputusan daripada pihak produksi sama ada dia berjaya diterima melakonkan watak itu atau tidak.

“Sekurang-kurangnya saya sudah menunjukkan inisiatif awal kepada pihak terbabit. Saya tak ambil mudah apabila mendapat sesuatu tawaran lakonan. Saya komited dengan kerjaya saya,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: hmetro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Bukan Suka-Suka Bersolek Seperti Wanita.” Nazim Othman Menjelaskan Apa Yang Berlaku."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*