Majlis persandingan adik kepada pelakon popular Amyra Rosli iaitu Nur Farhana Ajeera Rosli telah berjalan lancar dengan meriah pada malam Ahad.
Memilih doktor sebagai pasangan hidup, Ajeera dan Mohamed Norfarhan kelihatan sama cantik, sama padan menerusi persalinan yang dikenakan.
Lalu, momen bermakna itu dikongsikan rakan Ajeera yang telah menanda (tagged) beberapa keping gambar sekitar majlis.
Ajeera tampil anggun mengenakan gaun berona putih, manakala suaminya, Norfahan kelihatan segak menyarungkan suit bewarna biru gelap.
Difahamkan,majlis tersebut diadakan di ibu kota.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan selama setahun iaitu pada September tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: Instagram rakan Ajeera, Hashtag AjeeraXFarhan via MH
Be the first to comment on "Sama Cantik Sama Padan, Ini Foto Indah Majlis Sanding Adik Amyra Rosli, Ajeera & Farhan"