“Phui! Hoi Kita Ni Manusia Biasalah Macam Korang Semua” – Michael Ang

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang meluahkan rasa kesal apabila setiap tindakan yang dilakukan olehnya sering mendapat krltikan daripada netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Michael menjelaskan sebagai seorang selebriti, dia turut berhak meluahkan pendapatnya di laman sosial.

“Salam semua! Sorry post gambar muka tak sen0noh tapi ini adalah apa yang dirasai oleh saya sekarang ini.

“Netizen rasa artis ni kena cakap benda-benda yang elok saja dan berkelakuan alim! Phui! Hoi kita ni manusia biasalah macam korang semua yang makan dan berak! Tak ada beza! 

“Kita pun akan luahkan apa kita nampak, dengar dan rasa. Ada kalanya tak semua yang kita cakap betul tapi itu hak kita untuk luahkan perasaan kita,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua! Sorry post gambar muka tak senonoh but this is how I am feeling right now! Netizen rasa artist ni kena cakap benda2 Yg elok aje n berkelakuan alim! Phui! Hoi Kita ni human biasa la mcm u all makan n berak! Tak ada beza! So Kita pun akan luah kan apa Kita nampak, dengar n rasa. Ada kala not all Kita ckp betul Tapi itu hak kita untuk luah kan perasaan Kita. So sila Hadam tu b4 nak kutuk kita! Especially do not use race or religion Walaupun nak kutuk! What makes u all think u are any better race or religion then the next person to u! Luv u all! Oh yes malam ni #dramasweetdreams 10pm@kat astro Ria n RiaHD Jgn lupa minggu akhir ni!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Sementara itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan agama dan bangsa lain untuk mengvtuk orang lain dalam memberikan pendapat.

“Sila hadam tu sebelum nak kvtuk kita! Especially do not use race or relgion walaupun nak kvtuk!

“What makes you all think you are any better race or relgion then the next person to you! Luv you all! Oh yes malam ni #dramasweetdreams 10 malam kat astro Ria dan Ria HD. Jangan lupa minggu akhir ni,” tulisnya.

Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Phui! Hoi Kita Ni Manusia Biasalah Macam Korang Semua” – Michael Ang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*