Netizen Tanya Dah Tak Kawan Dengan Erra Fazira? Ini Jawapan Padu Umie Aida

Pelakon Datin Seri Umie Aida sering melayan peminat di laman sosial Instagram (IG) miliknya.

Terbaru, Umie membuka ruang kepada netizen untuk bertanyakan soalan menerusi ruangan ‘ask me a question’.

“Memang dah tak kawan dengan Erra ke?” tanya seorang netizen perihal hubungan Umie dengan aktres Erra Fazira.

Memberikan respon terhadap soalan terbabit, Umie memberikan jawapan yang sangat matang!

“Tak baik kita memutuskan silaturrahim. Saya tetap kawan dia dunia akhrat.

“Cuma sekarang ini dia sibuk, saya juga sibuk. Insya-Allah ada ruang masa, kami akan jumpa. Terima kasih,” kata Umie.

Sebelum ini, Umie menimbulkan tanda tanya apabila dia meluahkan perasaan apabila dikhinati oleh sahabat sendiri.

Erra telah membuat permohonan maaf melalui laman Instagramnya kerana telah mengecewakan teman baiknya buat kali ketiga.

Pada 14 Jun, Umie telah memuat naik sebuah video berpelukan dengan Erra di samping berharap netizen tidak lagi bercakap tentang isu antara mereka itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

event @bawalexclusive 💙

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Netizen Tanya Dah Tak Kawan Dengan Erra Fazira? Ini Jawapan Padu Umie Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*