“Nak tanya… ibu pregnant ke?” – Netizen teruja ‘baby bump’ Fasha Sandha

Foto yang dikongsikan Fasha mendapat perhatian ramai apabila bahagian perutnya kelihatan seolah-olah sedang berbadan dua.

PERKONGSIAN foto yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha baru-baru ini mendapat perhatian netizen apabila bahagian perut aktres itu mula menampakkan ‘baby bump’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari yang indah Buat team @alwadelhijab Tahniah, mulut kakak masin~ Daripada friendzone akhirnya tetap berjodohan Maaf kakak kerja, tak dapat hadirkan diri. Terima kasih diatas jemputan Kakak doakan berkekalan, hingga ke akhir hayat 💕

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ia secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan netizen yang mengesyaki pelakon itu sudah berbadan dua sejak Ogos lalu selepas beberapa keping gambar di Instagram miliknya memberi petunjuk seolah-olah dia sudah h4mil kembali.

Melalui gambar dimuat naik Fasha dengan kapsyen ucapan tahniah kepada pelakon Ardell yang bergelar isteri kepada Nadzmi Adhwa pada Ahad, netizen lebih tertarik untuk membicar4kan soal keh4milan aktres itu.

“Nak tanya… ibu pregnant ke? Nampak macam ada baby bump. Maaf lah kalau tersilap pandang.

“Alhamdulillah, biasa kalau gugur senang lekat balik. Comel baby bump.

Fasha bagaimanapun tidak memberikan respons terhadap komen yang ditinggalkan netizen.

“Nampak macam baby bump comel di situ.

“Kalau gambar baru, Alhamdulillah kak Fasha. Semoga cepat-cepat dapat baby dengan abang Aidil,” tulis netizen kepada mereka.

Bagaimanapun, Fasha dan suaminya, Aidil Aziz mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen-komen yang ditinggalkan oleh peminatnya.

Fasha sebelum ini pernah mengumumkan dirinya h4mil selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.

Antara foto yang dimuat naik Fasha kelihatan sedang berbadan dua.

Namun, dia mengalami kegvguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nak tanya… ibu pregnant ke?” – Netizen teruja ‘baby bump’ Fasha Sandha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*