Lufya akhirnya dicer41kan melalui ‘WhatsApp’, bekas suami harap tak timbul spekuIasi lain

Dr Che Hafiz mengakui dia sudah mencer4ikan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.

KONFLIK rumah tangga pelakon Lufya kembali menjadi perhatian apabila suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendedahkan dia sudah mencer4ikan aktres itu pada minggu lalu.

Menerusi sebuah kenyataan, Dr Che Hafiz, 29, memberitahu dia bersetuju untuk mencer4ikan Lufya atas permintaan isterinya menerusi WhatsApp pada minggu lalu.

Menurut Dr Che Hafiz, dia enggan mendedahkan punca perpisahan itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum selain perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk mencer4ikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca percer4ian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekuIasi lain,” katanya seperti dipetik daripada MHETV.

Bagaimanapun Lufya, 34, ketika dihubungi mStar memberitahu dia belum bersedia untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan pended4han suaminya itu.

“Maaf saya belum bersedia nak komen apa-apa,” kata Lufya secara ringkas pada Selasa.

Masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang meng4baikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagramnya pada Jumaat lalu.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mendakwa suaminya itu telah melakukan peng4niay4an yang disifatkan sebagai tidak terjangkau dek fikiran terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kec3wa terhadap suaminya yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga tahun berkahwin.

Bagaimanapun Lufya mengambil keputusan memadam perkongsiannya itu bagi mengelakkan f1tn4h berpanjangan terhadap mereka berdua.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lufya akhirnya dicer41kan melalui ‘WhatsApp’, bekas suami harap tak timbul spekuIasi lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*