Lucunya, Muka Runcing Pun Orang Pertikai…Eina Azman Muatnaik Foto ‘Double Chin’.

Sudah lumrah menjadi selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi pertikaian orang ramai, sama seperti yang berlaku kepada pelakon Datin Seri Eina Azman.

Pada petang Selasa, Eina telah memuat naik swafoto terkininya yang menampakkan bentuk wajah yang semakin runcing.

Bagaimanapun selain daripada pujian warga net, ada juga yang mendakwa Eina Azman menjalani prosedur untuk mengubah bentuk wajahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Tidak melenting dengan tuduhan dilemparkan warganet, Eina Azman menjawab komen mereka dengan tenang dan berkongsi tips untuk mendapatkan wajah lebih runcing.

“Jaga makan, diet dan exercise…Insya-Allah boleh dapat muka yang kecil,” jawabnya.

Swafoto tersebut telah mendapat hamper 600 komen dan 45 ribu tanda suka oleh warga net.

Pagi tadi, Eina Azman berkongsi lagi swafotonya, tetapi bersama sekeping foto wajahnya dengan dagu berlapis (double chin).

Menerusi ruangan kapsyen, pelakon cantik tersebut sempat bergurau dan telah menarik perhatian pengikutnya.

“1st, 2nd n 3 rd ! Yes, muka kecik but swipe yang terakhir tetap ada double chin. Happy now wahai followers?,” tulisnya sambil men1ngg4lkan tanda pagar #mnotperfect.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1st , 2nd n 3rd ! Yes muka kecik but swipe yang terakhir tetap ada double chin. Happy now wahai followers??? 😅 #mnotperfect

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Walaupun baru satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat hamper 11 ribu tanda suka dengan 200 komen!

Rata-rata warga net, memuji Eina Azman yang sentiasa mesra dan raj1n melayan peminat di Instagram.

Mereka turut meluahkan rasa rindu untuk menonton video masakan Eina Azman dan mendengar tag line “it’s done…”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lucunya, Muka Runcing Pun Orang Pertikai…Eina Azman Muatnaik Foto ‘Double Chin’."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*