Kehebatan Ayat Kursi

Inilah Kehebatan Ayat Kursi

Subahanallah..Hebatnya ayat kursi..amalkan ayat ini sebelum tidur atau sebelum keluar rumah. Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba munculah seseorang, lalu mencvri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencvri itu mendengar anc4man Abu Hurairah, sehingga dia merayu :

“Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencvri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia meng3luh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencvri itu, lalu dilepaskannya.

“Dia berb0hong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.

Dan, benar sekali pencvri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencvri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar kelvhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencvri itu boh0ng, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada.

Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencvri. Jika pencvri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencvri jah4nam itu. Beliau kesal. Kenapa pencvri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencvri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencvri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencvri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencvri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada sy4it4n yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencvri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencvri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati sy4it4n hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencvri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendvsta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencvri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah sy4it4n.” jawab Nabi Muhammad s.a.w

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : MajalahPerdana

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kehebatan Ayat Kursi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*