“Kat IG Dan FB Sempat Je Tayang Itu Ini, Konon Dia Sorang Je Lah Sempurna”, Rita Rudani Lepas Geram

Semua sedia maklum bahawa pelakon Rita Rudaini sudah beberapa tahun memegang status ibu tunggal kepada dua anak lelaki.

Kegigihan dan ketabahan Rita membesarkan dua anaknya tanpa bantuan lelaki bergelar suami ternyata membuatkan ramai peminatnya kagum. Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak seorang diri.

Namun bagi pelakon berusia 43 tahun ini, dia bersyukur dan reda kerana dipilih melalui ujian sebegini. Sejak itu Rita sering berkongsi dengan peminat kisah suka duka dalam mendidik dan membesarkan anak-anak di Instagram beliau.

Terbaru Rita telah memuatnaik perkongsian tentang aktiviti persekolahan anak-anak beliau. Rita meluahkan rasa geram beliau apabila barang persekolahan anaknya sering hilang dek kerana diambil kawan.

Berikut perkongsian yang ditulis Rita di Instagram beliau;

” Tak larat topup pencil,eraser semuaa ooo…asyik kawan ambik tak bagi balik…balik bagitau kawan cuma ada sebatang pencil saja..pastu ambik dia punya marker,pencil,eraser..bukan pinjam tapi FOREVER kata kawan dia….

” Mmm mak dia tak tengok dan tak check ke beg sekolah anak or pencil box anak teww…ada ke idok nye pencil ke,buku ke….sisturr pon buzy la jugekk shooting pagi ke pagi..bukan kerja opis hour tauu…tapi sisturr ada jer masa check beg sekolah anak2..

” Pelik gak sisturr jenis tak check pencil box anak..tapi kalau kt Instagram or Facebook sempat je tayang itu ini,konon PERFECT lah hidup nyee..dia sorg je lah SEMPURNA n BAHAGIA,KAYAAAA….

” Pahammm mak2 sekarang ramai obses ig/fb tapi hidup alam nyata pon kena la ambik tau jugak jangan asyik di awang awangan alam fantasi….tapi pencil box anak..alahaiiiiii kesian nyaaa…

” Bukan nk berkira, ok je sedekah amal jariah tapi kalau apa semua yang kita beli untuk anak kita pon asyik jadi harta anak orang, tokey lombong emaihh pon kamboih lombong. tak larat laa asyik nk beli baru..anak plak jenis tak brani nak mintak balik….

” Pssttttt,tolong lerr everyday check beg sekolah ank tuuu,kesian anak…sape ada masalah mcm ni?”, akhiri Rita

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

X larat topup pencil,eraser smuaa ooo…asyik kwn ambik xbg balik…balik bgtau kwn cuma ada sebatang pencil saja..pastu ambik dia punya marker,pencil,eraser..bukan pinjam tp FOREVER kata kwn dia….mmm mak dia xtgk n xcheck ke beg sek anak or pencil box ank teww…ada ke idok nye pencil ke,buku ke….sisturr pon bz la jugekk shooting pagi ke pagi..bukan kerja opis hour tauu…tp sisturr ada jer masa check beg sek anak2..pelik gak sisturr jenis x check pencil box ank ..tp klau kt ig or fb sempat je tayang itu ini,konon PERFECT lah hidup nyee..dia sorg je lah SEMPURNA n BAHAGIA,KAYAAAA….pahammm mak2 skrg ramai obses ig/fb tp hidup alam nyata pon kena la ambik tau jugak jgn asyik di awang awangan alam fantasi….tp pencil box ank..alahaiiiiii kesian nyaaa…bukan nk berkira,ok je sedekah amal jariah tp klau apa smua yg kita bli utk ank kita pon asyik jd harta ank org,tokey lombong emaihh pon kamboih lombong 😒 xlarat laa asyik nk bli baru..ank plak jenis x brani nk mintak balik….Pssttttt,tolong lerr everyday check beg sek ank tuuu,kesian ank…sape ada masalah mcm ni? 😉 #luahanhatimakbzmcnorglainjugek

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Rita yang turut bersetuju dan meluahkan pendapat serta pengalaman masing-masing. Yang pastinya netizen mak-mak yang ramai memberi respon.

” Saya selagi boleh tulis nama kat setiap batang pensil, pemadam, pembaris, warna, pencil box semua..tulis nama n tampal sticker. Hilang jgk akhirnya kawan dok padam nama katanya, tapi kurang la dari tak tulis langsung

” Memang mcm ni hr2 sis..i yg mgajar kat kelas stiap hr suruh bdk2 ni kutip brg dorang yg jatuh kat lantai..tp haram..sudahnya cikgu yg kutip simpan dlm bekas..nanti nk guna dorang ambik le kat bekas tu..

Untuk info, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun mereka mengambil keputusan untuk berc3rai pada September 2013.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : IG Rita Rudaini via citersantai

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kat IG Dan FB Sempat Je Tayang Itu Ini, Konon Dia Sorang Je Lah Sempurna”, Rita Rudani Lepas Geram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*