Hanya 1 Jalan Cover Semula, Solat Tertinggal 30 40 Tahun

20 TAHUN TINGGAL SOLAT, ADAKAH TAUBAT AKAN DITERIMA?

Assalamualaikum ustaz..saya ada soalan obh kawan saya..dia ni sudah lama tdk menunaikan sembahyang sejak org tuanya men1ngg4l dalam 20thn lebih hnya sembahyng sekali sekala dan baru2 ini pintu hatinya terbuka utk solat dan bertaubat dan pada masa yg sama dia masih ragu2 mengenai adakah solat dan taubatnya akan di terima sekian tq.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Insya-Allah, Allah tidak pernah mungkir janji. Allah berjanji akan menerima taubat, maka kitalah yang perlu melakukan tugas kita untuk bertaubat daripada segala d0sa.

Katakanlah wahai hambaku yang telah melampau batas ke atas diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua d0sa. (Az-Zumar : 53).

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah berkata: Wahai anak Adam. Selagi mana engkau berdoa dan mengharapan kepada Ku, nescaya Aku ampuni apa sahaja yang engkau lakukan, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam. Jika d0sa mu melangit tinggi, kemudia engkau memohon keampunan Ku, Aku akan ampuni diri mu, Aku tidak kisah. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada ku dengan d0sa seluas bumi, dan engkau bertemu dengan Aku dalam keadaan engkau tidak mensy1rikkan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan seluas keampunan.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3491, hasan gharib]

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya seorang hamba melakukan d0sa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berd0sa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukvm d0sanya? Aku telah mengampuni hamba ku.

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan d0sa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berd0sa. Ampunilah d0sa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni d0sa dan menghukvm d0sa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan d0sa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berd0sa. Ampunilah d0sa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni d0sa dan menghukvm d0sa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6976]

Apa yang rakan saudara perlu lakukan ialah:

1- Berazam benar-benar untuk bertaubat.

2- Berusaha bersungguh-sungguh mendirikan solat.

3- Mencari teman dan suasana yang akan memotivasi untuk mendirikan solat. Jauhkan daripada duduk bersama rakan-rakan yang akan menghasut untuk meringankan solat.

4- Mula mencari ilmu agar solat yang didirikan dapat dihayati.

Sesungguhnya solat bukan sekadar satu kewajipan bahkan ia akan menjadi penyebab lebih banyak d0sa terhapus.

Jabir bin Abdullah radiallahu anhu berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Solat lima waktu itu umpama sungai yang mengalir di hadapan pintu salah seorang daripada kalian. Dia mandi dengan airnya setiap hari sebanyak lima kali.

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadi’i as-Solat, hadis no: 1078]

‘Amru bin ‘Abasah radiallahu ‘anhu dalam sebuah hadis yang panjang berkaitan pengislamannya menyebutkan:

Aku pun berkata: Wahai Nabi Allah. Ceritakan kepada aku tentang wudhu. Baginda menjawab: Tidaklah seseorang itu pergi kepada air wudhu lalu dia lalu berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya melainkan gugur d0sa wajahnya, gugur d0sa mulutnya, gugur d0sa hidungnya. Kemudian apabila dia membasuh wajahnya sebagaimana yang Allah arahkan, gugurlah d0sa wajahnya daripada hujung janggutnya bersama-sama air wudhu itu. Apabila dia membasuh kedua tangannya hingga kedua siku, gugurlah d0sa kedua-dua tangannya daripada hujung jarinya bersama air wudhu itu. Seandainya dia mendirikan solat, memuji Allah dengan pujian yang layak untukNya, dan mengosongkan hatinya untuk Allah, d0sa-d0sanya akan men1ngg4lkannya sebagaimana hari ibunya melahirkan dia.
[Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 1967]

Tuan pula hendaklah berusaha untuk sentiasa memotivasi rakan tuan untuk mendirikan solat. Ajaklah dia solat berjemaah bersama.

Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hanya 1 Jalan Cover Semula, Solat Tertinggal 30 40 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*