Ibu bapa restu anak berkahwin dengan wanita lebih tua selepas ditawarkan RM3.1 juta

Perkahwinan seorang lelaki berusia 23 tahun dengan janda berusia 38 tahun ini viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen di China. 

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Qionghai, Hainan, China, viral di media sosial dan apa yang menariknya ialah ibu pengantin lelaki itu hanya setahun lebih tua dari isterinya. 

Difahamkan, ibu bapa pengantin lelaki pada awalnya men3ntang perkahwinan mereka dan memberikan alasan bahawa perbezaan usia 15 tahun di antara mereka sebagai alasan. Selain itu, umur anak janda berkenaan berusia 14 tahun, hasil perkahwinan terdahulu juga menjadi alasan mereka untuk menghalang perkahwinan pasangan itu. 

Terdahulu, wanita berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan hartanah yang kaya itu h@mil selepas bercinta dengan lelaki muda berkenaan mengambil keputusan untuk berkahwin. 

Selepas mendapati ibu bapa pasangannya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka, wanita berkenaan menawarkan wang perkahwinan sebanyak 660,000 Yuan, lot hartanah dan kereta Ferrari yang semuanya bernilai kira-kira 5,000,000 Yuan. 

Bvta dengan tawaran itu, ibu bapa lelaki muda terbabit terus bersetuju dan memberi restu untuk mereka berkahwin. 

Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang mewah, tiba dengan Ferrari merah dengan pengantin wanita memakai barang kemas dan perhiasan mahal lain. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengucapkan tahniah  kepada pasangan berkenaan.

Namun ada segelintir yang mend@kwa lelaki muda itu berkahwin hanya kerana wang, bukannya kerana cinta sejati.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar, Next Shark via The Reporter

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ibu bapa restu anak berkahwin dengan wanita lebih tua selepas ditawarkan RM3.1 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*