Hmm..Mira Dengan Zul Atau Mira Dengan Ben, Mana Satu Pilihan Anda?

Lakonan aktres Mira Filzah dalam filem Sangkar dan drama bersiri Sweet Dreams kini sedang mencuri perhatian ramai!

Namun begitu, gabungan pasangan mana yang menjadi pilihan anda?

Adakah gabungan Mira Filzah bersama Zul Aiffin dalam Sangkar, atau bersama Ben Amir dalam Sweet Dreams?

Gempak turut berkongsi soalan ‘cepumas’ ini di sebuah entri akaun Instagram kami.

Menjengah ke ruangan komen di entri tersebut, rata-rata netizen mempunyai pilihan masing-masing.

Ramai antara mereka yang memilih gabungan Mira bersama Ben dalam Sweet Dreams, namun ada juga yang turut mengaitkan nama Remy Ishak kerana keserasian mereka dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan yang ditayangkan tahun lalu.

“Mestilah #miraben.

“Of course #miraben.

“#remyra always.

“Still #remyra,” tulis netizen.

Selain Mira dan Ben, Sweet Dreams turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan episod akhir Sweet Dreams pada jam 10 malam ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Okay, no more fighting . . #DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era dan ramai lagi.

Filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama, motivasi dan banyak lagi. Jom serbu pawagam berdekatan!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hmm..Mira Dengan Zul Atau Mira Dengan Ben, Mana Satu Pilihan Anda?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*