‘Goreng’ Keropok Guna Microwave Dan Buat Kerja Rumah Lain, Kanak-Kanak Istimewa Ini Dipuji

Setiap individu dilahirkan dengan pelbagai kelebihan masing-masing. Ada yang bijak mengharungi masalah hidup, ada yang sanggup berharap pada orang lain demi kelangsungan hidup.

Namun berbeza dengan seorang kanak-kanak istimewa ini. Dia bijak melakukan kerja-kerja rumah dengan caranya tersendiri. Terbaru kakak kepada adik istimewa ini berkongsikan mengenainya yang ‘menggoreng’ keropok keping menggunakan microwave.

Perkongsian oleh lisa_aa98 itu tular di sosial media dengan lebih 18,000 retweets dan 19,500 likes.

Menurut gadis ini, adiknya tidak mahu menggoreng keropok itu menggunakan minyak di dalam kuali seperti lazimnya kerana tidak pandai dan takut. Jadi adiknya itu ‘goreng’ keropok tersebut menggunakan microwave dan hasilnya sungguh tak disangka, sedap!

Hasil keropok dimasak menggunakan microwave.

Gadis ini turut berkongsikan caranya, iaitu hanya masukkan keropok di dalam microwave dan set masa 2 minit. Tidak perlu sebarang minyak dan siap!

Ceritanya lagi, adik istimewanya itu mengalami ‘global development delays’ (GDD) dan ada masalah usvs membuatkan dia susah untuk membuang air besar.

Tambahnya lagi, adik perempuannya ini juga raj1n dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti bantu menggosok pakaian sekolah adik-beradik yang lain.

Anak istimewa ini sedang bantu menggosok baju sekolah.

Rata-rata netizen memuji anak istimewa ini dan meluahkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Wow cara baru…boleh try cara ni”

“Cerdiknya dia..bagus resipi ni untuk diet..thank you adik”

“Anak syurga yang bijak pandai cerdik”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: lisaa_aa98 via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Goreng’ Keropok Guna Microwave Dan Buat Kerja Rumah Lain, Kanak-Kanak Istimewa Ini Dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*