Foto Agong bersantap di Nasi Lemak Royale Kedah tarik perhatian, Netizen terharu dengan sikap rendah diri Tuanku

Foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram Istana Negara.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan sisi merendah diri baginda sewaktu dirakam sedang bersantap di sebuah restoran.

Foto tersebut disiarkan menerusi laman Instaram rasmi Istana Negara, sewaktu baginda mencemar duli di restoran Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya.

Baginda tiba ke premis berkenaan untuk bersantap selepas bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati, pada Rabu.

Menerusi tiga foto yang dikongsi, baginda dilihat sedang berbual dengan beberapa individu yang berada di lokasi itu.

Ia bukanlah kali pertama Sultan Abdullah dirakam sedang menikm4ti hidangan di restoran biasa seperti orang kebanyakan.

Sebelum ini, baginda pernah menjadi perhatian sewaktu berkunjung ke restoran makanan segera KFC di Temerloh, Pahang. – The Star.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Daulat Tuanku… Patik terharu dengan sikap rendah diri Tuanku.

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Foto Agong bersantap di Nasi Lemak Royale Kedah tarik perhatian, Netizen terharu dengan sikap rendah diri Tuanku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*