‘Ini Baru Betul Anak Kampung..’ – Berkain Batik Di Kampung Halaman, Pengacara Aina Suzaily Jadi Tumpuan

Jika anda meminati dunia sukan tempatan pasti mengenali seraut wajah ayu Aina Suzaily Mohd Zailanny, 28 tahun ini. Petah berkata-kata dan handal berbicara tentang dunia sukan yang didominasi lelaki ini. Tidak sangka minat sejak kecil dengan bola sepak boleh menjadi salah seorang insan penting dalam dunia sukan ini.

Baru-baru ini, pengacara dan personaliti televisyen, Aina Suzaily Mohd Zailanny ada memuat naik foto terbaru dirinya di sebuah perkampungan di Narathiwat, Thailand.

Menerusi ruangan kapsyen, Aina yang sinonim dengan program berbentuk sukan bola sepak itu ada menulis status berbaur humor buat para pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comment thai word yg anda tahu 🇹🇭 #tbpicbaliksiamrayaharitu

A post shared by A i N Å S U (@ainasuzaily) on

“Welcome to my hometown Narathiwat, Thailand. Sudi tak terima saya seadanya,” tulis Aina ringkas menerusi fotonya yang hanya tampil sederhana mengenakan kain batik, lengkap dengan baju-T.

Malah, latar belakang foto dari bintang berusia 28 tahun ini juga adalah sebuah rumah desa.

“Ya, minat bola dari sekolah lagi sebenarnya. Tengok bola dulu sebab enjoy tengok perlawanan dan tendangan goal. Tapi tidak sampai betul-betul study pasal team dan lain-lain. Tapi bila sekarang bekerja dengan bola, jadi macam lebih details. Lebih tahu pasal team, pasal selok-belok dalam game, laws of the game dan lain-lain,” jelas Aina memulakan bicara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

YB Aina Suzaily. Calon menantu mak awak. Sedia untuk bertanding. Undi jgn tak undi. . Happy voting everyone! #pru14

A post shared by A i N Å S U (@ainasuzaily) on

Apabila ditanya tentang bagaimana cara membawa diri di tengah-tengah dunia yang dikuasai lelaki itu, terangnya, “Cara bawa diri tak ada apa beza sangat. Macam biasa. Sebab fokus dan tujuan saya ke padang misalnya memang untuk kerja. Kendalikan tugas sbg #pitchsidehost. Menemu ramah sebelum perlawanan dan selepas perlawanan bola. Jadi banyak yang perlu difikirkan sebelum temu ramah itu. Soalan-soalan perlu disediakan sebelum perlawanan bermula. Kadang-kadang lupa juga dikelilingi kaum lelaki tempat saya bekerja.

Sentiasa kelihatan kekal bergaya walau di tengah padang Aina tidak menolak tepi tentang penjagaan kecantikan. “Saya banyak tengok pitch side host luar atau lebih dikenali dengan sideline sports reporter. Mereka memang lawa di padang, contohnya Sara Carbonero. Mereka masih kekal jelita walaupun bekerja dalam bidang sukan yang kita kenal didominasi kaum lelaki. Jadi bagi saya, buat apa kerja pun, kita sebagai wanita kekalkan imej wanita. Dan kecantikan itu luas. Cara pakai, cara bawak diri, cara komunikasi. Dan semasa saya bertugas di padang, lebih pentingkan kekemasan. Nampak kemas, profesional dan elegan,” jelas Aina yang meminati Kelab Liverpool ini.

Menurut Aina, kenangan paling manis sepanjang terlibat dengan dunia bola sepak adalah menerima jersey sebagai hadiah. “Bagi setiap peminat bola sepak, jersey pemain adalah hadiah paling berharga untuk mereka. Jadi saya pula bertugas dikelilingi pemain-pemain bola. Selepas interview tu kadang-kadang jersey-jersey#matchworn (jersey yang dipakai oleh pemain semasa perlawanan) senang nak dapat. Banyak juga koleksi jersey personal saya,” ungkapnya sambil tersenyum.

Sebagai penggiat dunia sukan Aina juga positif apabila minta diulas tentang pandangannya mengenai perkembangan dunia bola sepak Malaysia? “Bola sepak Malaysia pernah dihorm4t1 di benua Asia – layak ke Sukan Olimpik 2 kali, 1972 & 1980. Malaysia pasukan ke2 paling berjaya dalam Sukan SEA (Sukan Asia Tenggara) di belakang Thailand. Liga Malaysia (termasuk kejohanan Piala Malaysia) sangat meriah dan ada tradisi tersendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kacang

A post shared by A i N Å S U (@ainasuzaily) on

Liga Super sekarang juga antara yang terbaik di Asia Tenggara. Namun pencapaian dan keputusan pasukan kebangsaan Malaysia agak merudum sejak lewat 1980-an. Itu yang sedang diperbaiki oleh FAM, TMJ dan Nelo Vingada dalam usaha kebangkitan. Malaysia Boleh!!!

Bagaimanapun pertanyaaan Aina ibaratnya mendapat ‘sambutan’ dari para pengikutnya di kalangan lelaki apabila mereka menjawab pertanyaan Aina dengan hati terbuka, sudi terima seadanya.

Malah, komen-komen mereka begitu mencuit hati.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Aina Suzaily via RimbaBara/beautifulinara

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Ini Baru Betul Anak Kampung..’ – Berkain Batik Di Kampung Halaman, Pengacara Aina Suzaily Jadi Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*