Asif Mungkin Tidak Lagi Muncul Dalam ‘Drama Spontan’?

Siapa di sini penggemar Drama Spontan di YouTube? Bagi anda yang tidak tahu, drama spontan adalah satu drama berdialek Kelantan yang penuh dengan unsur nasihat tetapi dalam masa yang sama kelakar dan menghiburkan.

Terbaharu, berlaku pertelingkahan antara Syahmi Sazli dan Asif serta dikhabarkan bahawa Asif mungkin tidak akan muncul lagi dalam drama spontan tersebut. Hal tersebut diberitahu oleh Syahmi sendiri di Instastory miliknya dan dia ‘buka mulut’ kenapa Asif sudah jarang bersama beliau.

Menurut Syahmi, terdapat pihak ketiga yang muncul secara tiba-tiba selepas Asif terkenal dan mengaku menjadi ‘penjaga’ kepada Asif dan menyebabkan hubungan antara mereka renggang. Penjaga tersebut dikhabarkan tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima oleh Asif.

Menurut Syahmi, bayaran yang diterima oleh Asif boleh dikatakan tidak dinikm4ti oleh Asif. Paling pelik apabila kadangkala Asif kerap minta duit dan handphone yang dibelikan oleh Syahmi kepada Asif turut dijual.

Berikutan itu, penjaga Asif juga telah membalas kenyataan pihak Syahmi di Instastory milik Asif.

Menurutnya penjaga tersebut, apa yang berlaku tidaklah seperti yang pihak Syahmi ceritakan. Beliau turut mend4kwa ada bayaran yang sepatutnya diterima Asif disekat oleh pihak Syahmi.

Malah, penjaga tersebut juga mengatakan bahawa dia tidak mengambil duit Asif langsung dan tidak pernah menggunakan populariti Asif untuk mempromosikan produk yang dijualnya. Dia hanya pernah minta tolong sekali tetapi membayar Asif dan bukannya menggunakan khidmat Asif secara percuma.

Harap kedua-dua pihak dapat bersemuka dan menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik. Peminat pasti mahu melihat gandingan Syahmi dan Asif diteruskan untuk drama spontan yang akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Harap dgn video ni, semuanya terjawab n selesai..

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Vocket

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Asif Mungkin Tidak Lagi Muncul Dalam ‘Drama Spontan’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*