Yang di-Pertuan Agong & Keluarga Diraja Tawan Puncak Borobudur

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawan puncak Candi Borobudur yang merupakan tarikan warisan terkenal di Yogyakarta, Indonesia.

Dalam lawatan rasmi empat hari itu, Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendaki anak tangga menuju ke puncak candi bagi menikm4ti pemandangan dan menghayati keunikan seni bina monumen bersejarah itu.

Turut disertai oleh tiga puteri baginda, pasangan diraja turut meluangkan masa kira-kira satu jam di tapak warisan dunia itu dan berkesempatan beramah mesra dengan pelancong termasuk rakyat Malaysia.

Malah, puteri bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah sempat memuat naik gambar keluar diraja itu berlatarbelakangkan pemandangan indah di laman Twitternya, @jihanabdullah27.

Berkeluasan 2,500km persegi, candi Buddha terbesar di dunia itu turut tersenarai sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Lawatan itu turut diiringi oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi Malaysia.

Terdahulu, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke kompleks Harto Soehardjo di Kotagede bagi melihat seni pembuatan kraftangan yang dihasilkan daripada perak.

Memetik laporan Bernama, lawatan Keluarga diraja ini akan diakhiri dengan menyaksikan persembahan kebudayaan ‘Sendratari Ramayana’ di Kompleks Rama Shinta Ballet di Yogyakarta, malam ini.

Keluarga diraja itu dijadual berangkat pulang ke Malaysia esok.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Bernama via Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Yang di-Pertuan Agong & Keluarga Diraja Tawan Puncak Borobudur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*