Wahai Jiwa Yang Lupa!

Wahai jiwa yang lupa!

Tidakkah kau m4lu dengan Allah SWT?

Mengaku cinta kepada Allah SWT tetapi tidak merasa senang dengan kalam-Nya?

Mengapa apabila cinta dengan manusia senang sekali kau membaca suratnya berulang-ulang lagi?

Wahai jiwa yang lupa!

Siapa yang menjamin keamanan dirimu di saat gentingnya suasana akh1rat?

Kamu lupa Rasulullah menjamin bahawa Allah SWT akan memberikan keamanan kepada manusia yang rajin berinteraksi dengan al-Quran.

Wahai jiwa yang lupa!

Sedarkah kamu mengapa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengajak dirimu memperbanyak hidup bersama dengan al-Quran?

Untuk siapakah manfaat amal itu?

Semua yang kita baca dan lakukan, kitalah yang paling banyak manfaatnya.

Wahai jiwa yang lupa!

Tidakkah kau khuatir dengan dirimu sendiri?

Hidup tanpa al-Quran ibarat hilangnya pergantungan kita kepada DIA Yang Maha Satu. Jangan sampai al-Quran yang lupakan kita nanti.

“…..Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir tentang dunia akhirat…” (Surah Al-Baqarah 2:219-220)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wahai Jiwa Yang Lupa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*