Video Lisa BlackPink Buat Solo Dance Jadi Trending Serata Dunia

Kumpulan Blackpink dianggotai oleh empat orang ahli, iaitu Jennoe, Jisoo, Rose dan Lisa.

Salah seorang ahli BlackPink, Lisa atau nama penuhnya Lalisa Manoban yang berasal dari Thailand, sering mencuri perhatian ramai kerana mampu menari dengan lincah dan juga mahir berbahasa Thailand, Inggeris, Korea, Jepun dan juga Mandarin.

Lisa yang juga kini menjadi selebriti Kpop yang paling ramai pengikut di laman Instagram, telah berkongsi video tarian di Youtube sehingga ia menjadi trending serata dunia!

Lisa Blackpink jadi artis Kpop pertama miliki 20 juta pengikut

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Lisa menjadi artis Kpop pertama memiliki 20 juta pengikut di laman Instagram.

Menurut portal Soompi, pada April lalu dia memiliki 17.5 juta pengikut dan angka itu terus bertambah kepada 20 juta bulan ini.

Penyanyi berusia 22 tahun ini mula mendaftar di aplikasi tersebut pada bulan Jun 2018 dan pencapaiannya itu disifatkan luar biasa kerana diraih dalam masa kurang setahun.

Rata-rata pengikut turut teruja dan berharap Lisa akan terus berkongsi foto-foto indah di laman tersebut.

Hasil pemerhatian mendapati Lisa sudah memuat naik sebanyak 277 keping foto dan kerap berkongsi gambar menarik ketika dia mengadakan persembahan di seluruh dunia.

Selain Lisa, kumpulan ini turut dianggotai oleh Jennie, Jisoo dan Rose. Blackpink menjadi kumpulan berasal dari Korea Selatan yang dikenali serata dunia.

VIDEO :

Sumber : Era


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Video Lisa BlackPink Buat Solo Dance Jadi Trending Serata Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*