[VIDEO] Anak Menangis Lihat Tudung Siti Sarah Ditarik Syafiq Kyle

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin memberitahu anak perempuannya Dzahira Talita Zahra yang berusia lima tahun menangis melihat tudungnya ditarik oleh pelakon Syafiq Kyle ketika penggambaran video muzik Semakin.

Sarah berkata, anaknya mungkin terkejut dengan perkara yang tidak pernah dilihat itu dan beranggapan ia adalah kejadian sebenar.

“Anak perempuan saya menangis teruk melihat tudung saya ditarik oleh Syafiq Kyle ketika penggambaran tersebut.

“Saya tidak tahu kenapa tapi mungkin dia sedih dan tidak pernah nampak ibunya dilakukan seperti itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Sarah berkahwin dengan Shuib pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 8, Dzahira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.

Siti Sarah ditemui pada majlis pelancaran video muzik lagu Semakin yang diadakan di Redbox The Garden, pada Selasa.

Lagu Semakin merupakan ciptaan suaminya dengan kerjasama Aepul (Drama Band).

Pada majlis itu turut memperkenalkan pelakon Syafiq Kyle sebagai hero video muzik berkenaan.

Kata Sarah, Syafiq merupakan pilihan pertama yang dibuat suaminya iaitu pelawak Shuib.

“Video muzik ini diarahkan sendiri oleh Shuib dan dibantu oleh CK Faizal. Shuib memang memilih Syafiq dan menganggap dia paling sesuai.

“Saya tidak kisah siapa pun pilihannya dan saya beritahu dia saya mahu yang profesional kerana saya sendiri tidak pandai berlakon,” ujarnya.

Sarah mengakui Syafiq dijadikan sebagai daya penarik dan strategi pemasaran untuk video muzik itu.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia berbesar hati dipilih membintangi video muzik berkenaan.

Dia juga berharap kemunculan istimewa itu dapat memberi impak kepada lagu itu.

“Alhamdulillah ini video muzik pertama yang saya berlakon dan penggambaran berlangsung dengan lancar.

“Terima kasih kepada Shuib dan Sarah yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terlibat dalam video muzik ini,” ujarnya.

VIDEO :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Anak Menangis Lihat Tudung Siti Sarah Ditarik Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*