“Tuah janda” – Song Hye Kyo Makin Banyak Dapat Offer Lepas Berpisah, Lain Pula Buat Suaminya.

Jun lepas, pengumuman Song Joong-ki mencer@ikan Song Hye-kyo telah memeranjatkan peminat-peminat mereka, sampai ada yang menangis lagi bila dengar berita pencer@ian dorang ni.

Tapi, apa yang Joong-ki tak expect adalah impak selepas pengumuman pencer@iannya ini dengan pelakon jelita Hye-kyo.

Mana taknya, menurut Star2, media di Korea perasan yang lepas dia cer@ikan Hye-kyo, permintaan untuk pelakon ini makin merundum. Bukan tu je, pencer@ian ni juga buatkan rating drama Arthdal Chronicles yang dibintangi oleh Joong-ki ini juga jatuh. Nasib badanlah bang oi.

Sumber: Google

Yelah, Joong-ki ini pun satu, dah lah masa dia umum nak cer@ikan Hye-kyo ni tak bincang dulu. Dia terus je announce masa bekas isteri dia ni tengah bekerja dekat China. Sampai parents dia pun minta maaf on behalf of anak dorang. Memang marahlah peminat kau.

Sumber: Google

Namun untuk Song Hye-kyo ni lain pulak cerita, ramai peminat simpati dengan nasib dia dan bangga dengan reaksi wanita ini yang tak melatah pun walaupun dicer@ikan dengan cara macamtu.

Disebabkan ini, populariti Song Hye-kyo makin melonjak sampai dapat bergandingan dengan artis luar negara macam Natalie Portman dan Natalia Vodianova.

Kalau korang nak tahu, lepas bercer@i Hye-kyo dikatakan telah berpindah ke villa mewah di kawasan kampung eksklusif di Seoul.

Manakala Joong-ki pula dikatakan tinggal bersama ibu bapanya dan perlu berusaha untuk menangkan semula hati peminat dan advertiser.

Sumber: Google

Buat masa sekarang, agensi Joong-ki berurusan dengan impak ini dengan memberikan alasan yang pelakon ini sedang berehat dari membuat penampilan awam.

Ha, tulah, lain kali nak lepaskan orang buat cara baik, sekarang mendapatlah…

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Lobak Merah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tuah janda” – Song Hye Kyo Makin Banyak Dapat Offer Lepas Berpisah, Lain Pula Buat Suaminya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*