“Terima Kasih Hadir Dalam Hidup Mommy…” – Sayunya Ucapan Birthday Noor Nabila Kepada Anaknya, Jebat

Anak sulung kepada kakak pelakon Neelofa, Noor Nabila, Jebat Jayden baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama hari ini.

Sebagai ibu, Nabila juga tidak ketinggalan menitipkan coretan menyentuh hati buat anak kesayangannya.

Coretan itu dimuat naik Nabila menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya hari ini.

“Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah S.W.T panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi anak mommy dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah S.W.T.

“Sayangku jadilah orang yang beriman, yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghorm4ti orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga-jaga ketika berkata-berkata supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup.

“Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy, syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini.

“Terima kasih sayang untuk gelak tawa, gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya. Mommy sayang anak mommy dunia dan akhlrat,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah swt panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah swt sentiasa melindungi anak mommy.. dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah swt. Sayangku jadilah orang yang beriman , yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghormati orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga2 ketika berkata2 supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup. Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy , syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini. Terima kasih sayang untuk gelak tawa ,gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya. Mommy sayang anak mommy dunia dan akhirat.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Terdahulu, spekvlasi mengatakan rumah tangga Noor Nabila Mohd Noor dan aktor Sharnaaz Ahmad menghadapi masalah.

Lebih-lebih lagi apabila Nabila memuat naik foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta semalam.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Hadir Dalam Hidup Mommy…” – Sayunya Ucapan Birthday Noor Nabila Kepada Anaknya, Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*