Tawakal Kunci Kebahagiaan

Suatu hari ada seorang pencuur1 yang ingin mer0mp4k sebuah rumah. Sedang ia melakukan r0mp4kan, malang nasibnya apabila perbuatannya telah tertangkap oleh tuan rumah.

Pencuur1 itu lantas ingin melarikan diri namun ditahan oleh tuan rumah tersebut. Lalu, terjadilah perbualan di bawah.

“Kamu ke sini ingin mencuri hartaku?” Soal tuan rumah.

“Ya… benar,” jawab pencuur1 itu.

“Jika begitu, biar aku menolongmu,” kata si tuan rumah.

Per0mp4k itu kehairanan. Lalu dia bertanya, “Bagaimana mungkin kamu mahu membantuku mer0mp4k hartamu sendiri. Aneh!”

Bicara tuan rumah yang alim itu, “Kerana aku yakin pada Tuhanku. Jika rezeki ini memang sudah ditetapkan Tuhan untukku maka tiada siapa yang mampu mengambilnya daripada aku.”

Mendengar kata-kata itu, pencuri tersebut merasa kagum lalu insaf. Dia kemudiannya memulangkan kembali harta yang dir0mp4knya.

Lalu, tuan rumah yang alim itu berkata, “Baru saja aku katakan tadi tentang keyakinanku pada Tuhan. Dan kini Allah telah memulangkan hartaku kembali…”

Wallahu alam.

Hebatkan keimanan yang ada pada diri si tuan rumah?

Inilah jiwa manusia yang paling tenang. Manusia yang meletakkan setinggi-tinggi tawakal pada Allah.

Dia tidak gund4h pada apa yang hilang.

Pada rezekinya yang berkurang… pada nikmatnya yang ditarik.

Kerana dia yakin pada apa yang telah diambil, pasti akan diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Lagipun jika Allah menetapkan sesuatu itu milik seseorang, cara apa sekalipun ia akan tetap sampai pada pemiliknya.

Maka tak usah telalu sed1h pada apa yang luput dari genggaman kita.

Bersabarlah.

Sungguh, kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa.

Semuanya milik Allah.

Janganlah menang1si sesuatu yang hanya dipinjamkan Tuhan. Belajarlah bersyukur pada apa yang masih ada

Kau akan fahami erti bahagia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tawakal Kunci Kebahagiaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*