“Tak Nak Langkah Bendul”- Ruhainies Rela Hati Tunggu Giliran Kakak Kahwin Dulu

Meski sudah bersedia menamatkan zaman bujang, pelakon Ruhainies tidak mahu bersikap mementingkan diri sendiri.

Kongsi Ruhainies, memberi laluan buat kakaknya yang juga seorang pelakon, Nur Risteena Munim untuk mendirikan rumah tangga meski dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Bintang drama bersiri Jejak Karmila itu berkata dirinya kini berasa sangat bahagia dengan hubungan percintaannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E.Johan.

“Setakat ini saya dengan si dia macam biasa sahaja bercinta dah dekat setahun lebih. Kami masih lagi di fasa berbunga-bunga lagi.

“Bincang untuk ke gerbang perkahwinan itu ada tapi masih belum tergesa-gesa lagi sebab nak tunggu kakak saya kahwin dulu.

“Selepas dia kahwin baru saya kahwin jadi kalau lambat dia kahwin lambatlah saya kahwin nanti.

“Saya tak boleh nak kahwin dulu sebab saya tak nak ‘langkah bendul’ bak kata pepatah melayu tambahan pula mak ayah saya memang tak bagi saya kahwin dulu.

“Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk perhubungan saya dan si dia,” kongsi Ruhainies.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Pertengahan tahun lalu, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, secara terbuka berkongsi kepada media dengan mendedahkan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka Melayu menetap di London, United Kingdom.

Bintang kelahiran Pulau Pinang ini telah ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Program All Stars Buka Panggung merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.

Pentas komedi tersebut bakal dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam dan ramai lagi.

Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Tak Nak Langkah Bendul”- Ruhainies Rela Hati Tunggu Giliran Kakak Kahwin Dulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*