Sheila Rusly Garang Dan Bersuara ‘Petir’ – Akhirnya Nazim Othman Buka Mulut Mengenai Perangainya.

PELAKON Nazim Othman mengakui pernah bersikap skeptikal terhadap penerbit drama dan pelakon Sheila Rusly apabila menganggap wanita itu seorang yang garang.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, berkata, andaian itu membuatkan dia berasa takut untuk bekerjasama dalam mana-mana drama dengan produksi itu.

“Sebelum bekerja dengan JS Pictures, saya dah dengar macam-macam cerita yang kata Sheila Rusly ni garang macam singa. Suara dia pun macam petir time nak rebut.

“Sejujurnya, saya pun skeptikal pada awalnya untuk bekerja dengan JS Pictures.

“Saya tak pernah berborak dengan Sheila Rusly sepanjang sedekad dalam industri, tapi siapa sangka daripada satu komen saya dekat gambar masakannya, saya dipelawa datang ke rumahnya. Dia masak untuk saya ok! Lepas tu baru saya bekerja buat kali pertama dengan JS Pictures untuk telemovie Silang,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebelum bekerja dengan JS Pictures, saya dah dengar macam-macam cerita yang kata Sheila Rusly ni garang macam singa, suara dia pun macam petir time nak ribut. Jujurnya, saya pun skeptikal pada awalnya untuk bekerja dengan JS Pictures. Saya tak pernah berborak dengan sis sepanjang sedekad dalam industri, tapi siapa sangka daripada satu komen saya kat gambar masakan sis, saya dipelawa datang ke rumahnya. Dia masak untuk saya ok??? OMG? Lepas tu baru saya bekerja buat kali pertama dengan JS Pictures untuk telemovie Silang. Ini kali kedua saya berpeluang shooting dengan team JS. Sepanjang pemerhatian saya selama berbulan-bulan bekerjasama untuk drama #cindai yang dah nak habis shooting ni, ( mind u, I’m a very observant person ) Sheila Rusly langsung tak seaneh cerita-cerita orang. Saya tak pernah lagi nampak sis menegur tak bertempat. Saya sendiri selesa bekerja bawah arahan suaminya , @jinggo_jspictures . To me sis is just striving for the best, not only for her role as the producer, but also for those who’re involved in her projects too. Perfection doesn’t exist. All I’m seeing is someone who’s detail oriented and only want the best, for everyone. ( Ini bukan ayat bodek tau. Ini ikhlas dari lubuk hatiku yang terdalam. Kalau bodek sekalipun bukan dapat apa-apa. Tawaran sis pada saya untuk shooting bersama lagi sekali tak lama lagi pun saya tak dapat buat . I just want to encourage all of U out there to magnify other people’s strength , not their weaknesses. After all, we’re only humans. ) 📸 – @aydajebat

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Posting yang dimuat naik Nazim di Instagram miliknya

Nazim berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

Bercerita lanjut, Nazim berkata, dia tidak menyangka personaliti wanita itu tidaklah seperti yang digambarkan mana-mana pihak sebelum ini.

Kata Nazim, Sheila hanyalah seorang wanita yang di gambarnya memiliki semangat kerja yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu karya.

“Ini kali kedua saya berpeluang shooting dengan team JS. Sepanjang pemerhatian saya selama berbulan-bulan bekerjasama untuk drama #cindai yang dah nak habis shooting ni, Sheila Rusly langsung tak seaneh cerita-cerita orang.

“Saya tak pernah lagi nampak Sheila menegur tak bertempat. Saya sendiri selesa bekerja bawah arahan suaminya , @j1nggo_jspictures . 

“Pada pendapat saya Sheila hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Bukan sahaja peranannya sebagai penerbit tetapi juga kepada semua yang terlibat dalam projeknya. Kesempurnaan itu tidak wujud… tapi apa yang saya nampak hanyalah seseorang yang teliti dalam bekerja dan mahukan yang terbaik untuk semua.

Saya cuma nak galakkan semua orang untuk melihat kebaikan seseorang bukan keburukan seseorang kerana apa-apapun kita semua hanya manusia biasa.

 

NAZIM OTHMAN

Pelakon

“Ini bukan ayat bodek tau. Ini ikhlas dari lubuk hatiku yang terdalam. Kalau bodek sekalipun bukan dapat apa-apa. 

“Tawaran Sheila pada saya untuk shooting bersama lagi sekali tak lama lagi pun saya tak dapat buat. Saya cuma nak galakkan semua orang untuk melihat kebaikan seseorang bukan keburukan seseorang kerana apa-apapun kita semua hanya manusia biasa,” katanya.

Ia merupakan kali kedua Nazim bekerjasama dengan syarikat produksi milik Sheila Rusly iaitu JS Pictures menerusi drama berjudul Cindai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sheila Rusly Garang Dan Bersuara ‘Petir’ – Akhirnya Nazim Othman Buka Mulut Mengenai Perangainya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*