“Saya Sebenar-Benarnya Tak Nak Zahirah Dirikan Rumah Tangga Buat Masa Ni Sebab…,” – Bakal Terima Menantu Sulung, Zainol MacWilson Mahu Yang Terbaik Dunia Akhirat

Pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan tunangnya, Zahirah MacWilson akhirnya mengumumkan mereka berdua bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri, Februari tahun hadapan.

Lalu, keduanya telah pun mengadakan sidang media khas bagi berkongsi berita tersebut buat para peminat.

Bagaimanapun, bapa kepada Zahirah yang juga seorang bintang televisyen dan pelakon, Zainol Johan MacWilson pula secara peribadi masih belum mahu ‘melepaskan’ anak sulungnya itu untuk memikul status sebagai isteri kerana usianya masih muda, iaitu 24 tahun.

Namun sebagai bapa, pelakon ini turut rasa gembira dan merestui keputusan yang telah dibuat Zahirah memandangkan mereka sudah pun sepakat berbincang.

“Perasaan saya sebagai ayah sangat gembira  memandangkan saya pun sudah cecah usia 61 tahun. Rasa seronoklah sebab dia sudah bertemu dengan pilihan hati meski kalau bak diikutkan, saya sebenar-benarnya tak nak Zahirah mendirikan rumah tangga buat masa ni sebab dia baru 24 tahun.

“Kalau boleh biarlah usianya cecah 25 tahun dan ke atas.  Apa pun, saya hormati pilihannya.  Kalau kita menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku jadi sebagai ayah, saya terima,” kata Zainol yang mengharapkan yang terbaik buat permata hatinya itu dunia akhirat.

Ditanya mengenai sejak bila dia mengetahui keduanya menjalin hubungan cinta, Zainol memberitahu semuanya terdedah ketika masing-masing terlibat dalam Curi-Curi Cinta.

“Yang saya dapat tahu mereka berlakon bersama dalam Curi-Curi Cinta tapi sebelum itu saya pernah jumpa Aiman dua tahun lepas ketika Zahirah berlakon dengannya untuk sebuah drama tapi saya tak begitu fokus sangat pada Aiman ketika itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bapa mana tak sayang anak, seoga dipermudahkan semua urusan, Amin… #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

“Alhamdulillah tiba-tiba dia terpaut hati dengan Aiman. Saya pula cakap pada Zahirah, kenapalah kakak nak keluar dengan artis? Tetapi tak apa lah, dia kata ini pilihannya,” kongsinya kepada MH.

Menyifatkan lelaki pilihan anak seorang yang menghormati orang tua, Zainol turut memberitahu Aiman juga seorang anak lelaki yang pandai mengambil hati.

“Dia sangat menghormati orang, dari segi cara dia bercakap. Aiman sendiri masih ada ibu bapa, jadi bagi bukannya rupa paras dicari, tetapi tahu untuk ambil hati.

“Kita sebagai ayah boleh tahu seseorang itu ikhlas atau sebaliknya dengan anak kita, jadi apa yang saya nampak secara mata kasar dari segi perwatakan, cara dia bercakap dengan kita setakat ini alhamdulillah,” jelas Zainol optimis.

Terdahulu pada sidang media yang dilangsungkan di Bakersfellas Ara Damansara itu, turut hadir ialah bapa kepada Aiman.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth Australia, menerusi perkongsian foto pasca tunang di media sosial masing-masing.

Ikuti sidang media penuh mengenai pengumuman perkahwinan yang dilakukan lovebirds ini menerusi live FB MH.

Foto: Instagram Zahirah MacWilson

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Sebenar-Benarnya Tak Nak Zahirah Dirikan Rumah Tangga Buat Masa Ni Sebab…,” – Bakal Terima Menantu Sulung, Zainol MacWilson Mahu Yang Terbaik Dunia Akhirat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*