Satu Pilihan Untuk Sebuah Kehidupan

Masa berjalan. Umur bertambah. Pilihan semakin banyak dek selera yang berbagai.

Namun tetap, pilihanmu hanya satu. Mahu seperti mana dan apa seterusnya, pilihlah sebaiknya.

Lebih cantik jika berpandukan nilai-nilai agama kerana mustahil kecewa mengiringimu selepasnya.

Jika kecewalah hasilnya,perlu yakin pula pada Dia yang merancang sesuatu yang lebih besar kebaikkannya untukmu.

Cepat atau lambat semuanya dalam aturan Dia. Mustahil ada yang terlewat walau sesaat.

Saat yakin dan ragu masih berlaga di dalam hati, tetaplah Dia satunya yang menantimu dengan rahmat.

Satu pilihan itu mencorakkan lakaran kehidupanmu. Bunga atau du ri lakarannya tetap hujungnya membawa seribu erti.

Seribu, namun belum tentu kau mampu miliki walaupun satu hikmah yang terselit rapi.

Engkau bebas menyusur jalan hatimu. Bebas menetap atau mengubah mahumu.

Namun, pada akhirnya lakaran bunga mataharimu tetap belum mampu mengatasi keindahan lakaran pelangi Dia untuk kita.

Bersedialah dengan kecewa atau bahagia.

Seperti mana Dia sentiasa terbuka menerima kelalaian kita di dunia dengan cinta-Nya.

Berlapang dada pada segala susunan-Nya yang sarat dengan kebaikkan dan rahmat.

Usah kel4m mata hati dek k4bur dengan nikmat yang diberi kerana cacat atau sempurna nilainya sama disisi Dia.

Kelak, di penghujung usia apa yang paling dirindu adalah jiwa dan imanmu itu. Tiada bezanya hitam putih lakaranmu dahulu.

Kerana, Dia satu-satu Nya yang sentiasa tahu akan dirimu melebihi pengetahuan kamu pada lakaranmu sendiri!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Satu Pilihan Untuk Sebuah Kehidupan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*