“Pick Up Line Ke Ni?” – Remy Ishak Kongsi Foto Realistik, Mira Filzah Ditanya Bagi Pickup Line

Kecederaan teruk di bahagian muka yang dikongsi di laman Instagram menyebabkan ruangan komen penuh dengan reaksi netizen yang bimbang akan keadaannya.

Berkongsi paparan realistik filem terkini lakonannya, Sangkar, Remy memaklumkan sesiapa yang ingin melawatnya boleh datang ke pawagam berdekatan.

Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam esok. Terima kasih! 29 August 2019 #sangkarmovie,” kongsi pelakon ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam esok,,Terima kasih! 29 August 2019 #sangkarmovie

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Mira Filzah, pelakon jelita yang pernah dikaitkan dengan Remy turut memberikan reaksi yang bikin netizen cair.

Melihatkan kecederaan pelakon Pujaan Hati Kanda ini, Mira bertanya sama ada dia memerlukan jururawat untuk merawat kecederaan.

“Perlukan nurse tak? Haha,” tulis Mira.

Pertanyaan tersebut dibalas Remy yang keliru, adakah di cantik jelita ini sedang memikatnya.

Pick up line ke tu? Maaf saya orang tua,” balas Remy.

Netizen memberikan reaksi tersendiri melihat kemesraan pasangan ini.

Filem Sangkar ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini. Selain Remy, turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah Mira Filzah, Zul Ariffin dan ramai lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Remy Ishak via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Pick Up Line Ke Ni?” – Remy Ishak Kongsi Foto Realistik, Mira Filzah Ditanya Bagi Pickup Line"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*