Perniagaan Yang Paling Menguntungkan

<

Setiap perniagaan pasti dikaitkan dengan modal dan untung rugi. Namun ada satu perniagaan yang dikatakan pasti untung.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada az4ab s3ksa yang tidak terperi s4kitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah As-Saff ayat 10-11)

Produk perniagaannya adalah kebenaran iman dengan Allah dan Rasul serta pengorbanan harta dan jiwa di jalan Allah.

Amalan lain adalah dengan membaca al-Quran, perbanyakkan solat, bersedekah di jalan Allah dan banyak lagi.

Mungkin cabarannya besar. Ada harga yang perlu dibayar, ada perkara besar yang perlu dilepaskan, namun ada ganjaran yang lebih besar menanti kita di akh1rat sana jika kita ikhlas dan reda.

Dalam perniagaan selalunya peniaga akan dapat harga borong, risikonya tinggi  jika tidak ikhlas dan perancangan perlu teliti.

Namun dengan Allah, modalnya jiwa, masa dan harta kita. Allah beri percuma apa kita ada sekarang, namun jika dia beli balik, nilainya syurga.

Ya itulah keuntungannya. Terselamat daripada s3ksa az4b ner4ka, diampunkan d0sa dan mendapat syurga. Masya-Allah. Lumayan, bukan?

Jadi, mulai sekarang, berbuatlah sesuatu ikhlas kerana-Nya. Biar kita meninggalkan dunia ini, juga ketika kita berada di jalan-Nya. Insya-Allah.

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbuunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” (Surah Al-Baqarah ayat 154)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber ; Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Perniagaan Yang Paling Menguntungkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*