Pengurusan Musib4h Formula Ilahi

Langit tidak selalu cerah. Adakalanya hitam kel4m, membawa bersamanya hujan dan angin kuat yang memb4dai.

Itu adalah sunnah aturan perjalanan alam ini.

Begitu jugalah aturan kehidupan kita di atas dunia ini, warnanya tidak sama, ada ketika merah ceria, kemudian kelabu membungk4m silih berganti.

Warna kelabu itulah pada ketikanya ujian di dalam bentuk musibah hadir dalam pelbagai sisi.

Sebagaimana Allah SWT telah menyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan suatu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah: 155)

Di dalam ayat di atas Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia akan diuji dengan lima bentuk musibah, iaitu:-

Perasaan t4kut adalah antara sifat fitrah semulajadi yang ada pada diri manusia. Ia wujud bila munculnya anc4man, umpamanya mendapat khabar mu suh yang akan datang menyer4ng atau ada tanda-tanda peny4kit merb4h4ya yang sedang mereb4k.

Manusia memerlukan makanan sebagai sumber kelangsungan kehidupannya. Kekurangan makanan adalah satu musib4h yang besar, malah boleh diangkat sehingga menjadi masalah negara. Lihatlah ancaman kelap4ran yang melanda beberapa buah negara Afrika.

Ujian kemisk1nan. Sama ada diuji dengan keadaan hidup yang sudah sedia misk1n atau lebih hebat lagi ujian kemisk1nan itu muncul setelah status kehidupan sudah pun diselimuti dengan nikmat kekayaan.

Kem4tian orang yang dikasihi. Ada manusia yang masih bergantung kehidupannya dengan ibu dan ayah, kemudian diuji dengan kem4tian insan berkenaan. Sayang dan kasihnya pada pasangan dan anak-anak, sama-sama merangka membina kehidupan, tiba-tiba salah seorangnya dipanggil kembali oleh Ilahi.

Tanam-tanaman tidak lagi mengeluarkan hasil seperti yang sepatutnya. Selalunya muncul beriringan dengan musibah musim kem4rau. Daripada musibah ini, boleh menjadi asbab berantaian munculnya musib4h-musib4h yang telah disebutkan di atas.

Setelah membicarakan kep4hitan musibah yang perlu dihadapi, pada penghujung ayat 155, surah al-Baqarah, Allah SWT datangkan kaedah bagi menghadapi segala musibah ini iaitu,”…dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Malah terlebih awal sebelum itu, Allah SWT sudah pun menyebut pada ayat 153, surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Carilah pertolongan dengan kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.

Kata kuncinya ialah sabar dan solat. Formula Ilahi bagi manusia mendepani segala musibah yang melanda di dalam kehidupan.

Solat sebagai isyarat kembali kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT mengajar kita untuk mengucapkan kalimah istirja’ sebagai manifestasi kesabaran berdepan dengan musib4h di dalam ayat 156, surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu b4la, mereka mengucapkan: ‘Sesungguhnya kita ini daripada Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kita akan kembali’.”

Oleh yang demikian, apabila manusia yang berdepan dengan ujian musibah dan kemudian menguruskannya dengan formula yang dikemukakan oleh Allah SWT, maka ada ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kelompok manusia sebegini seperti yang diungkapkan di dalam ayat 157, surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Mereka akan dilimpahkan dengan berbagai-bagai rahmat dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Namun, di celah formula kesabaran dan solat itu, di dalam konteks sunnatullah, masih tetap menjadi keperluan kepada manusia untuk mengerahkan seluruh keupayaannya bagi memenuhi ikhtiar di dalam menangani musib4h yang berlaku dan selebihnya diserahkan kepada Allah SWT.

Semoga warna-warni yang pelbagai di dalam kehidupan kita ini, dapat ditelusuri dengan tenang khususnya musib4h yang menjengah hadir dapat diuruskan menurut formula Ilahi, setenang Nabi Yaakub a.s, semasa diuji dengan kehilangan anak kesayangannya, Nabi Yusuf a.s, dengan ungkapan yang hebat, ”Sabar itu indah dan Allah-lah tempat memohon pertolongan.” (Surah Yusuf: 18)

Jelas dan nyata di sini bahawa kesempurnaan dan keindahan Islam di dalam mengurus tadbirkan kehidupan manusia.

Islam bukan sifatnya hanya teori untuk ucapan atau tulisan yang indah semata-mata, akan tetapi telah terbukti hebat menjejak di alam realiti dengan formula-formula ciptaan Ilahi buat hamba-hamba-Nya yang dikasihi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pengurusan Musib4h Formula Ilahi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*