“Peminat Zizan Nangis Bila Zizan Send Video Ucap Terima Kasih,”- Zizan Razak

Bila bergelar selebriti sudah pasti golongan ini akan mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong dalam karier seni meski pada fasa turun atau naik.

Pelakon dan pelawak Zizan Razak misalnya ada berkongsi mengenai kisah peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, terdapat salah seorang peminat setia yang telah menangis apabila menonton video ucapan terima kasih dari bintang filem Polis Evo itu.

Lalu, pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa terharu terhadap peminat setianya yang tak putus-putus menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.

“Assalamualaikum. Harini Zizan nak share berita gembira. Ni sorang peminat zizan nangis pula bila zizan send video ucap terima kasih kat dia kerana beli baju Rnab. Tapi dia pula nangis.

“Alhamdulillah sy amat bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong saya dengan begitu Tegar Alhamdulillah.

“Semua ini rezeki Allah. Terharu bila saya lihat video ini. Zizan ucapkan terima kasih pada semua peminat peminat zizan @ztf_official@rnab_official @zrprojectofficial@fcukinflava #zrff #zrxff,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Harini Zizan nak share berita gembira. Ni sorang peminat zizan nangis pula bila zizan send video ucap terima kasih kat dia kerana beli baju Rnab. Tapi dia pula nangis. Alhamdulillah sy amat bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong saya dengan begitu Tegar Alhamdulillah. Semua ini rezeki Allah. Terharu bila saya lihat video ini. Zizan ucapkan terima kasih pada semua peminat peminat zizan @ztf_official @rnab_official @zrprojectofficial @fcukinflava #zrff #zrxff

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Tidak kira peminat ataupun tidak, bukankah lebih baik kita untuk sentiasa bersikap menghargai antara satu sama lain. Betul tak?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Zizan Razak via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Peminat Zizan Nangis Bila Zizan Send Video Ucap Terima Kasih,”- Zizan Razak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*