“OMG! Cantiknya,”- Ramai Teruja Gembira Tengok Bella Astillah Pakai Gaun Pengantin, Duduk Atas Pelamin

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi beberapa keping foto di Intagram yang melihatkan dia mengenakan busana pengantin berona putih.

Malah, ibu tunggal ini turut menggayakan kain layah berwarna putih dan dandanan rambut sanggul yang pastinya menyerikan lagi raut wajah anak kelahiran Sabah ini.

Tampil manis mengukir senyuman yang sedang duduk di atas pelamin, rata-rata netizen memuji keayuan Bella atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah ini.

Dalam pada itu, ada juga yang mahu melihat Bella naik pelamin buat kali kedua selepas bercerai dengan penyanyi, Aliff Aziz pada Mei lalu.

Menjengah di Instagram dandanan rambut dan solekan Bella, iaitu @leahenna_artist dan @darshidayuartistry, mereka turut memuat naik hasil solekan Bella dan disertakan hashtag #cintabelumtamattempoh #astroria

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

White henna Bella a s t i l a h Makeup @iamjijaanuar Hairdo @darshidayuartistry #cintabelumtamattempoh

A post shared by Celebrity Henna Artist (@leahenna_artist) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌸 Sweet Bella 🌸 @bellaastillah . Hairstyling by #hairbydarshidayu Makeup by @iamjijaanuar . #cintabelumtamattempoh #astroria #bellaastillah #darshidayuartistry

A post shared by MAKEUP ARTIST✖️HAIR STYLIST (@darshidayuartistry) on

Bagaimanapun, foto tersebut hanyalah salah satu babak dalam drama Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan Bella, Nafiz Muaz, Fendy Bakhry dan Hun Haqeem.

Drama tesebut disiarkan dalam slot mega drama Astro Ria (104) setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Foto : Instagram Bella Astillah

Sumber : Media Hiburan


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“OMG! Cantiknya,”- Ramai Teruja Gembira Tengok Bella Astillah Pakai Gaun Pengantin, Duduk Atas Pelamin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*