Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Ingin Engkau Dust4kan?

“Alhamdulillah”, itulah ucapan terbaik yang perlu diucapkan oleh setiap insan setiap kali bangkit dari tidur.

Tidur itu satu nikmat dari Ilahi yang mungkin tidak semua perasan dan ketahui. Sungguh bagi mereka yang mengambil ikhtibar dengan setiap yang berlaku di dunia ini, mereka akan hidup dalam kesedaran dan keinsafan bahawa semua terjadi atas kehendak Tuhan Pencipta Alam.

“Jika mampu maka hitunglah dan senaraikanlah seberapa banyak nikmat yang engkau di anugerahkan dari tapak kakimu sebesar dua helai jari orang dewasa sehingga dinihari usiamu. Adakah kamu mampu?”

Firman Allah (mafhummnya): “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” (Surah An-Nahl, ayat 18)

Nikmat-nikmat itu tidak diberi untuk si4-si4, engkau memerlukannya dan mereka di sekelilingmu memerlukannya.

Adakah masih ada rasa ragu dalam benak hati kalian sehingga mendust4kan nikmat itu secara terang-terangan?

Kalian mungkin tertanya, mana mungkin aku mendvstakan nikmat Allah! Aku tahu Allah yang memberikan segalanya!

Kita memang tahu, bahkan jika ditanya murid sekolah rendah juga tahu. Namun, di mana buktinya untuk engkau membela diri di atas ucapan “tahu” yang dimaksudkan?

“Di antara masjid dan pusat hiburan yang mana lebih dikunjungi orang? Di antara game dan solat yang mana menjadi keutamaan? Di antara bercouple dan Rasulullah s.a.w yang mana paling dicintai?”

Kadang manusia tidak perasan bahawa apa yang mereka tahu iaitu ilmu misalnya, jika tidak diguna pakai dan dipraktiskan sehari-hari maka ianya tidak ada beza dengan debu-debu pasir yang berterbangan.

Jelas, tiada satu pun nikmat yang mampu dipertikaikan oleh seorang hamba kepada Rabb-Nya kerana kita sedar kita hanya “Si Pelazim d0sa” saban hari membuat d0sa dan kita juga “Si Pengharap Redha Ilahi” menunduk sujud kepada Allah meminta pengampunan dan keredhaan dalam setiap perkara.

Duhai kalian yang sangat dicintai Allah, jika Allah memberi nikmat berdasarkan segala d0sa yang kalian buat setiap hari, maka mungkin pada saat ini tiada lagi nikmat udara dan nyawa yang kalian miliki.

Bersyukurlah kerana segala kenikmatan itu masih diberi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Ingin Engkau Dust4kan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*