“Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak, kena siap baju dari kepala sampai kaki” – Tunku Azizah

UMUM mengetahui hubungan rapat pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rizalman merupakan individu bertanggungjawab menyediakan persalinan buat Tunku Azizah dan suaminya, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.

Terbaharu Tunku Azizah menjadi tumpuan netizen apabila tiba-tiba muncul dalam siaran langsung di Instagram (Live IG) Rizalman pada Khamis.

Rata-rata memuji gaya bersahaja baginda yang tidak kekok bersembang di laman media sosial itu.

Semasa Live IG itu baginda sedang makan durian bersama anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang sempat melambai tangannya dan mengucapkan Assalamualaikum.

Tunku Azizah muncul dalam Live IG Rizalman.

Rizalman turut bertanya tempoh Tengku Hassanal bercuti di Malaysia.

Baginda memberitahu anakandanya itu akan berada di negara ini sehingga September depan.

“September… lama dia cuti, enam minggu. Dapatlah mak berkepit dengan anak,” kata Tunku Azizah.

Namun apa yang mencuit hati netizen apabila Rizalman dan Tunku Azizah mengusik Tengku Hassanal sama ada dia sudah berpunya memandangkan ramai memuji ketampanannya ketika hari pertabalan tempoh hari.

“Handsome kan Hassanal… Ada orang tanya Tengku Hassan Tengku Hassanal al ni ada pilihan hati ke tak? Ada tak? Suruh dia jawab sendiri, saya tak nak jawab,” kata Tunku Azizah.

Tengku Hassanal dalam reaksi balasnya menjawab belum ada.

“Not yet,” katanya ringkas.

Tengku Hassanal berbual bersama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pada Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara malam Rabu. FotoBERNAMA

Bagaimanapun Tunku Azizah memberitahu sesiapa yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal perlu memahami minat dan sentiasa menjaga penampilan anaknya itu.

“Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai ke kaki.

“Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tulah,” katanya sambil menunjukkan anaknya itu menikmati durian menggunakan camca dan garfu.

 

Fungsi sama jelah. Macam apa ye… itu kena interview Tuanku. Saya hanya suri rumah tangga. Tuanku panggil saya permaisuri, suri yang permai di istana negara.

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.

Raja Permaisuri Agong.

Dalam pada itu, Rizalman turut bertanya kepada Tunku Azizah mengenai fungsi institusi raja-raja memandangkan baginda dan suami amat dekat dengan rakyat.

Namun apa yang pasti jawapan baginda amat mengejutkan.

Tunku Azizah berswafoto bersama Tengku Hassanal dan Al-Sultan Abdullah. FotoBERNAMA

“Fungsi sama jelah. Macam apa ye… itu kena interview Tuanku. Saya hanya suri rumah tangga. Tuanku panggil saya permaisuri, suri yang permai di istana negara.

“Dia kata suri yang permai di istana negara bukan permaisuri. Dia panggil saya suri permai, sama macam isteri yang lain lah kan memasak,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak, kena siap baju dari kepala sampai kaki” – Tunku Azizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*