Membina Rumah Di Syurga

Rumah adalah salah satu nikmat di dunia. Juga ditawarkan di syurga.

Namun bolehkah kita membina rumah di syurga? Bagaimana pula caranya?

Boleh, hakikatnya banyak skim untuk kita menambah rumah di syurga.

Antara caranya yang Ustaz Luqman Makhtar kongsikan adalah:

– Bantu siapkan masjid

“Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

– Bersabar dan reda atas musib4h

Tatkala men1ngg4l dunia anak seseorang hamba, Allah bertanya kepada malaikat: ‘Kamu mencabut nyawa anak hamba-Ku ini?’

Malaikat menjawab: “Ya”

“Kamu mencabut buah hatinya?”

“Ya.”

Lalu apa yang diucapkan hamba-Ku itu?

“Dia memuji-Mu dan menyebut inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.”

Allah pun memerintah: “Binakan untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga. Dan namakannya baitulhamd (rumah pujian).” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

– Elak bert3ngkar

Rasulullah SAW bersabda: “Aku jamin sebuah rumah di pinggiran syurga buat sesiapa sanggup tidak bertel4gah walaupun dia benar.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

– Elak berb0hong

“Aku jamin sebuah rumah di tengah-tengah syurga buat sesiapa yang tidak berb0hong walaupun dia bergurau-gurau sahaja.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

– 12 rakaat solat sunat rawatib

Rasulullah SAW berpesan: “Sesiapa yang selalu solat sehari semalam 12 rakaat, akan dibinakan untuknya sebuah rumah di syurga. Iaitu empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

– Sentiasa membaiki akhlak

“Dan aku jamin rumah di tempat tinggi syurga buat sesiapa yang indah akhlaknya.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Moga kita semua akan berpeluang memperoleh rumah di syurga. Mari kita terus menyiapkan diri untuk kehidupan akh1r4t yang abadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Membina Rumah Di Syurga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*