“Masih Boleh Jalan Kaki Keliling Kaabah”- Datin Shahida Kongsi Pengalaman Tawaf Ketika Hamil

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji ketika hamil.

Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Shahida memaklumkan ibu hamil tidak akan mempunyai masalah untuk mengerjakan ibadah kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk memudahkan mereka yang tidak berupaya.

“Banyak juga yang tanya larat ke saya tengah hamil jalan kaki lama-lama. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi Kaabah.

“Cuma ketika saie dari Safa ke Marwah saya naik skuter ni bawa sendiri. Satu orang 50 Riyal kat Masjidil Haram ni macam-macam kemudahan ada bagi mereka yang kurang berkemampuan.

“Insya-Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. Insya-Allah doa-doa sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.

“Insya-Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka. Sebanyak-banyak malaikat-malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya…begitulah hebat nya hari Arafah,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Banyak juga yg tanya larat ke saya tgh pregnant jalan kaki lama2…….Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi kaabah…cuma ketika saie Dari safa ke Marwah saya naik skuter ni……bawa sendiri…..satu orang 50 Riyal…… kat Masjidil Haram ni mcm2 kemudahan ada bagi mereka yg kurang berkemampuan…. . Insya Allah esok kami akan berangkat ke Arafah…Insya Allah doa2 sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf…Insya Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka…..sebanyak2 malaikat2 turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya…begitulah hebat nya hari Arafah…..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Terdahulu, Shahida meninggaIkan empat orang anaknya serta seorang anak angkatnya bersama Aliff untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Masih Boleh Jalan Kaki Keliling Kaabah”- Datin Shahida Kongsi Pengalaman Tawaf Ketika Hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*